" Nak Arin tolong apa-apa lagi tak ? " Aku bertanya Abah yang sedang baru sahaja selesai membuat air .
Teh'o panas ni boh!
" Tak ada dah . Arin duduk la dulu , abah rasa semua dah siap . Arin duduk la , abah tengok kamu dari tadi dari dapur " abah tersenyum .
Aku membalas senyuman abah .
"Alaa sikit jaa tuu . Arin tak apa , muda lagi . Ha abah tu , bukan boleh sangat kang sakit belakang pula " saja mengusik .
Abah hanya tersenyum . Sudah biasa gurau bersama aku . Well , saya kan anak kesayangan abah hueheuehueue ....
" Kak! Kawan-kawan kau dah datang tu " muncul Airan yang baru saja muncul di ruang dapur . Dia terus duduk di atas kerusi plastik yang di dapur tersebut . Penat gamaknya .
Mesti Faiq buli dia . HAHAHAHA kesian .
Redha jela dik .
" Ha tu kawan Arin dah sampai , layan diorang . Kamu tu dari tadi tak keluar dapur . Tunjuk la muka cantik kamu tu " kata abah sambil itu mengusik aku . Ahaks!
" Apa abah ni ..... " ahakss saya sudah malu . Kembang semangkuk HAAHAHA . Maaf lah , saya kalau di puji sikit pun sudah kembang .
Saya rasa bukan saya sorang saja kan?
" Cantik tang mana laa .... " Gumam Airan . Alahai menyampuk betul orang tengah puji , see auto down terus .
Pak!
" Byee abahh! Takecare! "
Sempat aku memandang sekilas muka Airan yang menahan sakit . Alaa sikit je tu . Dekat rumah kemain main tumbuk dengan Faiq? Eh eh?
"Rin!"
Aku tersenyum melihat kawan-kawan aku sudah sampai . Hari ini , kami sekeluarga membuat makan-makan di kedai baharu ini . Sempena nak jalankan perniagaan , kita buat doa selamat supaya terhindar dari sifat dengki manusia .
Melayu biasala , bila orang dah maju sikit mula la nak buat benda tak elok . Ish ish , zaman sekarang ni ....
"Korang datang sekali ke?" Soalku melihat mereka semua . Ada Pea , Dhiya , Haydar dan Ryan .
Mana Iskandar ?
" Haa aaa , si Ryan ni mengada nak ambil kitorang semua dekat rumah kecuali Iskandar " Haydar menjawab . Ouh , begitu .
"Mana kawan kau sorang tu ? "
" Tuuu " si Ryan muncungkan mulutnya di bahagian kananku . Aku memandang ke arah tersebut . Nak sakit jantung aku melihatnya .
Iskandar duduk satu meja bersama Faiq???????????
Bukan setakat Faiq sahaja , mak aku pun sekali .
" Awal naww Iskandar tu buat kerja " Dhiya mengusik aku . Er , kau apahal pula ni ?
"Itula tuu , dah datang awal . Tak sabar nak jumpa keluarga mertua dia kan? Eh bakal " Pea mengekek ketawakan aku . Aku mengecilkan mata ke arahnya . Amboi sakan korang kenakan aku .
" Mengada laaa korang ni . Tak ada maknanya! Dah la cepat makan lepastu berambus! "
" Eh kau! Mana aci! Kitorang datang jauh jauh kau halau macam tu pula . Aku bagitahu mak kau baru tahu" ryan pula bersuara . Mungkin matanya tengah tengok makanan apa yang ada .
" Aci dekat India , daaaaa ....." Aku terus bergerak ke arah mak dan Faiq . Serta Iskandar . Macam mana boleh satu kepala dengan Faiq ni ? Musykil aku .
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen Fiction..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...