Media ; Ryan Iskandar
Kaki aku melangkah menuju ke bilik guru bersama cik Pea kitew . Sedang aku berbual dengannya aku ternampak Iskandar yang berjalan berseorangan .
" Is " panggilku . Dia menoleh ke arahku yang sedang berlari anak kepadanya .
" Apa ? " soalnya dengan suara mendatar .
" Err .... er aku nak cakap dengan kau ni " kataku .
" Ha cakap la " katanya .
" hmm , ermmm pasal kau kena ---- "
" Pasal aku ni hisap dadah ? Kau nak cakap macam tu ? " soalnya dengan sinis . Aku menggelengkan kepala . Eleh , mamat ni aku cakap baik baik kot boleh pula dia cakap dekat aku macam ni .
" Bukan la . Aku tahu kau tak isap benda alah tu sebab aku kenal kau macam mana ... err walaupun tak sampai sebulan aku tahu perangai kau macam mana " kataku padanya .
Suka sangat mencelah masa aku cakap , erh !
Iskandar memeluk dirinya sambil memandang aku dengan pandangan yang tajam .
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal . Adui , seramz bangat muka dia ni pun . " Ok macam ni , apa kata aku tolong kau . Ha , macam mana ? " cadangku .
Iskandar mendekat kan dirinya padaku sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar sekolahnya .
" Jangan " katanya dengan anak matanya masih memandang anak mata aku .
Aku mengerut dahi . " Kenapa ? Aku nak tolong kau siapa dalang semua ni . Eh , aku ni bukan nak dendam dekat kau pun walaupun kau ni memang banyak salah dekat aku "
" Aku cakap jangan , jangan la Farha . Aku tak suka orang lain masuk campur hal aku macam ni . Aku ulang lagi sekali , aku tak suka . Aku tahu siapa yang buat tapi nak buat macam mana dah ni memang nasib aku , aku redha jela . Biar la Tuhan nak balas balik siapa dalang dalam kes ni " Iskandar memberi amaran .
Aku menolak bidang dadanya untuk dirinya jauh sikit padaku . " hey ! Aku nak tolong kau kot ni kau tolak mentah mentah pula . Bersyukur la aku ni bermurah hati nak tolong kau " aku masih pertahankan permintaan aku padanya .
" Aku cakap tak payah , TAK PAYAH LA ! Susah sangat nak faham bahasa ?! " Iskandar mula menengking aku .
GULP !
Aku cuba menahan tangisan aku lalu muka aku memandang lantai koridor sekolah tersebut . Seramz nak tengok muka garang Iskandar ni , adeh !
" Aku cakap tak payah sibuk hal aku . Aku tahu apa aku nak buat lepas ni . One more thing , aku nak cakap mulai esok aku akan kena gantung sekolah selama seminggu " katanya . Aku terus mengangkat muka .
Apa ? Kena gantung ?
" Aku nak kau jaga diri kau bila aku tak ada dalam sekolah . Eh mesti kau mesti seronok kan aku tak ada , aku tak kacau kau macam mana aku kacau kau setiap hari "
Aku terdiam . Kenapa aku berasa hatiku sedih sangat bila dia cakap macam tu ? Kenapa aku rasa macam ni ?
" Jaga diri . Kalau kau ada apa apa masalah cari Ryan atau Haydar . Aku pergi dulu " katanya lalu meninggalkan aku yang terpinga pinga itu .
Kenapa aku rasa sebak sangat bila dia tinggalkan aku ?
Aku masih menahan tangisan , tak nak aku nanti ada orang nampak aku nangis nampak sangat , cengeng !
Pea menepuk bahuku . Adui , lupa Pea ada dengan aku tadi . " Dah la jom kita pergi kang lambat pula masuk kelas " katanya . Aku mengeluh perlahan .
Kenapa aku nak rasa sedih sangat ni ? HUWAAAAAA !
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Ficțiune adolescenți..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...