BAB 46

99 10 2
                                    

Seorang kanak-kanak perempuan itu berlari anak ke arah sekumpulan budak lelaki yang bermain di sekitar padang luas .

" Kita nak main sekali! " Ujarnya dengan riang . Sudah lama dia ingin mengikuti sekumpulan ini tetapi Aki melarangnya bermain dengan mereka kerana cara mereka bermain itu kasar dan mereka semua lelaki , lain pula Arin yang seorang perempuan .

" Eh , kau tu perempuan mana boleh main dengan kitorang semua yang lelaki ni " kata seorang kanak-kanak yang berumur 8 tahun itu .

" Nanti kang Aki kau marah dekat kitaorang pula " kata lagi salah seorang kawannya .

Riak wajah Arin terus berubah menjadi mendung . Kalau tadi ceria dan sekarang sudah mendung . Dia bermain tanah dengan seliparnya itu . Sedih sebab tak dapat main dengan diorang .

" Kita...hikss... naik main dengan korang semua jaa....hikss " katanya yang sudah mula menangis . Air matanya mula bertakung di sekitar matanya .

" Tengok! Baru cakap macam tu kau dah nangis . Belum main lagi dah nangis! " Tengking kanak-kanak lelaki itu .

Muka Arin sudah berubah menjadi merah apabila tangisannya hampir pecah tinggal tunggu masa saja .

" Arin! "

Semua berada di situ terus memandang gerangan yang memanggil Arin kecuali Arin yang sudah menangis . Dia nak bermain saja bukan apa pun .

" Korang buat apa dekat dia ha ? " Ryan yang baru sampai bersama Zack terus menyoal kepada sekumpulan budak lelaki itu .

Dia melihat wajah Arin sudah merah + menangis . Zack pula datang menghampiri Arin yang sudah menangis teresak-esak itu .

" Dia yang datang dulu dekat kitorang laaa . Kitorang tak buat apa pun dekat dia " jawab mereka .

" Dahtu kenapa dia menangis sampai macam ni sekali ? " Zack pula bertanya kepada mereka . Sakit hati pula melihat mereka membuli kesayangan nya .

" Kitorang tak buat apa pon dekat dia laaa! "

" Eih , kau ni memang suka bagi kitorang bersalah kan ?! " Salah seorang dari ahli kumpulan itu terus maju ke hadapan lalu dia menghampiri Arin yang sedang nangis teresak-esak itu .

Baru saja ingin menyentuh bahu Arin , ada satu tangan menghalangnya . Budak lelaki bernama Emir itu memandang gerangan yang menghalangnya .

" Kau jangan sentuh dia . Kau jangan nak berani dekat dengan dia " Zack memberi amaran kepada Emir yang sudah terpingga-pingga itu .

" Abang Zack .... hiksss .... jangan la ..... hiksss .... gaduh dengan diorang .... hikss " Arin memohon agar Zack tidak membuat begitu kepada budak-budak kampungnya .

Zack terus melepaskan tangan Emir itu dengan kasar . Dia juga tidak suka bergaduh di kampung halaman orang tetapi apabila melihat wajah Arin yang sudah menangis itu membuatkan api kemarahannya meletus .

" Sekali korang buat Arin macam ni tahu la aku nak buat apa nanti " Ryan jugak turut bersuara . Nanti kang macam tak wujud dia disitu . HAHAHAHA .

Biasala watak tambahan grrrr ....

Kumpulan lelaki tersebut hanya berdiam diri sahaja . Gerun mendengar nada suara abang Zack kecuali Emir . Dia masih pandang Zack dengan tidak puas hati .

" Dah jom , Farha . Nanti Aki marah " Zack terus memegang pergelangan tangannya lalu mereka bertiga beredar dari situ . Tidak kuasa hendak berdiri lama di situ .

Arin masih lagi menangis teresak-esak dengan perbuatan sekumpulan budak lelaki tadi . Waktu itu dia masih lagi ha -- eh tak . Mana-mana budak saja mesti akan terasa begitu juga . Naik suara , automatik rasa mahu menangis .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now