" Kau nampak apa yang aku ataupun kau nampak sekarang ? " soal Hizami dengan sinis apabila memandang 'pemandangan' itu tersebut .
Aku yang berada di sebelahnya turut terkejut . Entah apa perasaan yang aku ingin luahkan buat masa ini -- marah? sedih? kecewa?
" Kalau dia sayangkan kau , dia takkan duakan kau ataupun dia takkan rapat mana-mana perempuan sekali pun tapi -- Tch , kesian pula aku tengok diri kau . Kau diperbodohkan oleh dia sendiri . Lelaki yang kau percaya selama ini . Hm? "
Mulut Hizami masih belum berdiam diri lagi . Dia sengaja memberi hatiku terbakar dalam keadaan begini . Eh , memang nak makan penumbuk aku rasanya .
Tiba-tiba dadaku berasa sesak sama sekali . Sakit itu masih dapat dirasai . Dia tipu aku? Dia tipu aku dengan kata-kata manis yang keluar dari mulut dia ?
Bodohnya kau , Arin . Memang bodoh sangat! Bodoh!
Senang sangat bagi hati kau dekat orang macam ni ? Huh!
Dan apa yang aku rasakan diri aku sekarang ialah -- aku menahan tangisanku pecah . Aku tak nak semua di situ mendengar tangisan aku . Lemah .
" Arinn! "
Semua yang berada di situ terus menoleh ke arah pemilik suara itu . Ryan . Aku lihat dia seperti membuat larian pecut di situ . Turut kelibat Haydar muncul di situ . Dia Keadaan dia sama seperti Ryan .
" Farhaa ... "
Terus Iskandar menolak Yuha di atasnya lalu bangun pembaringan . Dia berjalan mendekati aku dan Hizami .
Ya , 'pemandangan' yang aku dan Hizami lihat tadi ialah -- Yuha berada di atas badan Iskandar manakala Iskandar pula berada di bawah Yuha . Posisi mereka itu dalam keadaan baring . Dalam masa yang sama , aku dapat lihat tangan Yuha melingkari pinggang Iskandar seperti mereka dalam keadaan berpelukan .
Allahu .
" Jangan dekat dengan aku! " kataku dengan gigi diketap rapat .
Iskandar yang mendengar itu terus dia memberhentikan langkahnya mendekati diri aku . Aku tahu dia terkejut dengan keberadaan aku di sini . Mungkin dia berasa menyesal sebab rahsianya sudah bocor?
Erghh -- baru rasa nak menyesal?
" Farha , biar aku jelaskan dekat ka --- "
" Tak payah laa , Iskandar! Aku dah muak laaa dengan lelaki sekarang ni termasuk dengan kau sekali! Bodohnya , aku pergi percaya kau tuu SANGAT! Aku paling pantang orang tipu aku laa , Iskandar! Aku benci! BENCI! " tengking aku padanya .
" Sekarang ni aku benci tengok muka kau , dasar pandai berlakon! Depan aku dan cikgu semua boleh laa kau berlakon jadi baik tapi di belakang??? PERANGAI SETAN KAU TU MUNCUL BALIK , KAN!??? Sudah laa Iskandar , aku benci tengok muka kau dengan penuh penipuaan semua itu -- CUKUPLAHH! AKU PENAT , PENAT SANGAT NAK HADAP BENDA TAK BERAPA BERFAEDAH SEMUA NI , CUKUP! "
Iskandar yang mendengar kata-kata aku terus dia berdiam diri termasuk yang lain juga . Mungkin terkejut tengkingan aku pada saat ini .
Aku menarik nafas dalam-dalam . Lupa pula aku ni mana boleh keadaan sebegini mahu kena pengsan pula . Bibir aku diketap rapat supaya tangisan aku tidak pecah kerana aku dapat rasa air mataku hampir terkeluar .
" Aku pergi dulu " terus aku meninggalkan mereka semua di situ . Cukuplah , aku dah penat . Balik ini apa yang aku nak adalah baring di atas katil . Kepala aku cukup serabut dengan hadap perkara semua ini .
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen Fiction..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...