" Achummmmmm !!! "
Satu gumpalan tisu menenyeh ( ? ) di bahagian rongga hidung . kemudian gumpalan tersebut itu dibuang ke dalam plastik tepi katil .
Sejak pulang dari sekolah semalam , badan aku berasa lemah . Bersin ini pun entah ke berapa ratus ribu kali dah tapi yang aku tahu hidung aku sudah bertukar warna menjadi merah .
Ya Allah , bila bersin aku ni nak berhenti ? Sungguh seksa hidup sebegini .
Secara langsung , aku demam . Begitu juga , doktor memberi MC kepadaku 2 hari . Kenapa sikit sangat ? Bagila banyak sikit bagi jiwa aku tenang sikit .
Kerana peristiwa semalam masih lagi di ingatan aku . Apa yang Iskandar cakap itu membuatkan hatiku terguris , sakit , patah , hancur-lebur ---- erghhh macam-macam laa . Baru ingat nak tolong tapi ?
Tak apa , redha . Kehidupan manusia mana ada yang tak ada masalah ? Mesti ada , kaya , miskin , muda , tua kecuali orang istimewa . Dia orang mana ada benda nak berfikir sebab dia orang sakit dan automatik masuk syurga .
" Rin "
Lamunan aku terus terhenti apabila Airan menegur . Aku terus mengangkat kening . Bukan apa , tekak aku rasa sakit sangat sampai nak telan air liur pun rasa sakit lagi .
" Ada kawan kau nak lawat kau . Dia orang ada di ruang tamu " katanya . Aku mengangguk kepala kemudian bayangan Airan terus hilang .
Dia tengah busy dengan kerja sekolah online dia sebab sekolah dia mempunyai kerosakan -- apa entah aku tak berapa nak ingat . Kalau teruskan jua sesi persekolahan boleh melibatkan nyawa guru dan pelajar . Banyak weh , aku tengok pun tak sanggup nak buat . Hampehh !
Aku terus menyarungkan tudung sarung aku berwarna cream di kepalaku . Anak tudung ? Tak payah , malas nak pakai dalam rumah . Tengok betapa malasnya , Farha Arina ni ....
" Weii "
Aku menegur dua orang hamba Allah yang duduk di sofa ruang tamu rumahku. Dari belakang , aku boleh nampak siapa mereka .
" Kau ok ? Kau sakit apa wei sampai tak datang sekolah ? Aku risau kau tahu tak ---- "
" Pea ni serupa kucing hilang anak dari pagi tadi bila dia tahu kau tak datang . Aih , nasib cikgu Zarul tak tegur perangai gelabah dia dalam kelas tadi " Dhiya terus memotong percakapan Pea .
Pea membuat muka . " Alolo , sedih eh ? Jangan la sedih aku cuma demam ja bukan sakit kronik lagi . Kau pun Pea , macam la aku nak mati dah " aku tersengih . Aku boleh bayangkan muka gelabah dia macam mana . Sumpah , lawak !
" Eee , aku risaukan kau tau . Hati kawan mana tak risau tiba-tiba kawan dia tak datang sekolah secara tiba-tiba " katanya .
" Sorry eh aku tak bagitahu kau orang . Aku tak larat semalam , itu tak sempat nak text kau orang " balasku .
" Kau tak larat atau tengah fikir hal semalam ? " Dhiya menyoal .
" adui " Dhiya mengaduh kesakitan apabila Pea menyiku lengannya .
" Kau pun cakap tengok keadaan laa bukan sekarang " Pea berkata dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh aku .
" Aku cakap ajee bukan kutuk atau hina dia " balas Dhiya yang tidak mahu mengalah . Pea hanya mengerling ke arah sisi Dhiya .
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen Fiction..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...