Ok siap !
Aku mengelap peluh di dahiku . Fuh , finally siap juga masakkan aku pagi ini . Hey , bukan senang aku nak masak pagi-pagi buta macam ni . Jarang sekali Farha Arina nak rajin pagi-pagi buta ni juga .
" Eh , mak tak mimpi kan ? Aku tak mimpi ke tak ni " sergah suara mak yang baru muncul di dapur sambil menepuk pipi .
Aku tergelak kecil . " Eee mak ni macam la Arin ni teruk sangat sampai tak masuk dapur . Hm , tak suka la macam ni ! " rajukku .
" Tak , yang mak pelik kamu tu ha . Pagi-pagi macam ni dah bertapak dekat dapur selalunya kamu la yang paling liat nak munculkan diri " perli mak sambil melabukan punggunnya di kerusi meja makan .
Aku terus pusing ke arah mak . " Alaa ni mood rajin dah datang patutnya mak puji macam , " sedapnya bau Arin masak " , " bagus , ada peningkatan anak dara mak ni " . Tapi ni tak , perli lagi ada laa . Aih , malas salah , rajin pun salah juga eee apa yang betul " rungutku .
Betul la kan ?
" Mak cuma pelik ja dengan perangai kamu tu ha , makin hari makin pelik mak tengoknya . Dah pergi mandi , solat semua tu lepastu turun makan nanti kang lambat nak ke sekolah . Hari ini si Airan hantar kamu ke sekolah , abah ada hal hari ini "
" Airan tak balik asrama lagi ke ? " pelik takkan budak itu tak balik lagi ?
" Kelas dia tunda sampai minggu depan itu dia tak balik lagi . Alang-alang dia tak buat apa lebih baik dia ambil kamu dekat sekolah sementara kamu nak ambil lesen motor . Tak ada nya mak risau macam semalam "
Aku hanya tersenyum nipis . Teringat pula kejadian semalam . Aku suruh Iskandar berhenti jauh sikit dari rumah aku , tacoddd orang nampak better aku berhenti jauh sikit .
" Kamu buat dekat siapa bekalan nasi tu ? " soal mak yang melihat tanganku ligat meletakkan (?) nasi ke dalam bekas makanan .
" Dekat Pea , dia nak sangat rasa air tangan Arin ni ha " jawabku . Padahal nak bagi pada Iskandar tanda terima kasih hantar aku semalam . Nasib dia ada .
" Dengan cheese tart tu sekali ? " soal mak lagi .
Aku mengangguk kepala . Kebetulan semalam memang mood aku nak buat cheese tart sebab aku tertarik satu promotion di ruang Instragram semalam , fuhhh macam sedapp beb ! Nasib semua bahan ada .
Aku terus memasukkan dua bekas bekal makanan di dalam satu paper bag . Ha , senang nak bawa nanti .
Mak pula asyik perhatikan aku yang ligat memasukkan bekal ke dalam paper bag tersebut .
" Betul ke kamu nak bagi dekat Pea tu ha ? " mak masih belum puas hati lagi padaku .
" Betul mak " aku mengangguk kepala saja . Aih , mak ni sengaja nak bagi aku gugup .
Tangan mak terus mencapai pinggan dan sudu lalu mencedok nasi di bekas yang aku sediakan ke dalam pinggan . " Mak pun pernah merasai pengalaman bercinta masa zaman sekolah dulu dengan abah kamu pula tu "
GULPP !!!
Nampak sangat ke aku ni tipu mak ? Adui , MASAKK !!!!
" Errr --- Arin pergi mandi dulu ye " aku terus berlari meninggalkan mak di dapur . No , no . Rahsia aku tak boleh terbongkar , aaaaaa !!!!!!
Mak hanya menggelengkan kepalanya melihat kelakuan gelabah aku tadi . " Dah besar dah anak-anak aku semua " gumamnya dengan perlahan .
****
" Kau tahu tak si Haydar tu boleh berloyar buruk dengan aku senja masa tu . Wehh , macam mana aku tak naik angin aduiii "
" Then , kau buat apa lepastu ? "
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen Fiction..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...