MEDIA ; Syed Iskandar Zulkarnain
Fuh !
Akhirnya sampai jua aku ke sekolah . Aku hampir kena LEWAT tadi . Ini semua salah ANGAH !
Boleh pula main main dengan aku pagi buta ni boleh dia tak jadi hantar aku last minute macam ni dah la pukul 7 lebih memang kena hamuk dengan aku la pagi tadi . Abah juga la tenangkan diri aku ni . Aih nasib abah hantar aku kalau tak memang lambat la .
Bila la aku nak dapat motor ni ? Lambat sungguh birthday aku ni . Abah kata nak beli motor lepas aku dapat lesen .
Aku meletakkan beg di tepi sisi aku lalu duduk di dalam barisan . " Weh asal kau lambat ? " bisik Pea padaku .
" Angah aku buat hal . Dah la pandang depan kang pengawas tepi kita ni marah pula " kataku sambil menjeling ke arah pengawas di tepi barisan kelas aku . Dari aku datang sekolah , dia memang suka main mata jeling macam orang juling erh .
Pea mengangguk kepalanya lalu memandang ke hadapan semula . Aku menghembus nafas , ambil udara segar kejap di pagi yang indah ini . Sebab tadi aku tak sempat nak ambil nafas dengan kejar pintu pagar , kejar masa . Ada masa ke nak ambil nafas aku kembali ? Huh !
Perhimpunan sudah bermula . Bermula dengan lagu Negaraku , lagu negeri dan lagu sekolah . Kemudian bermula la cikgu bertugas minggu lepas memberi masalah disiplin pada minggu lepas . Apa la sekolah ni awal tahun pun ada masalah disiplin dah hm .
Selepas itu , cikgu Omar naik ke atas pentas untuk memaklumkan masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar .
" Saya nak Syed Iskandar Zulkarnain naik ke atas pentas " cikgu Omar mengarahnya .
" Cepat ! " cikgu Omar mula jerkah kepada Iskandar .
Pelajar yang lain terkejut dengan jerkahan Cikgu Omar itu . Kus semangat aku . Iskandar mula bangun dari barisan kelasnya dengan muka selamba dia . Muka biasa dia tak ada aura takut dia pada cikgu Omar .
Iskandar buat masalah lagi ke ? Aih tak penat ke dia ni ?
Iskandar naik ke atas pentas sambil menyeluk tangannya ke dalam poket seluar sekolahnya . Aku lihat sahaja kelakuan dia , eee jantan ni la hshshsh ....
" Keluarkan tangan awak dari poket seluar tu ! " Iskandar terus keluarkan tangannya dari poket seluar .
" Apa salah dia pula kali ni ? " Pea sudah keluar perangai bawang dia . Aku hanya sekadar mengangkat bahu . Mana la aku nak tahu .
Dia buat apa minggu lepas ?
Dia ok ja aku lihat . Tak ada apa apa yang mencurigakan . Hmm....
" Kalau kamu semua nak tahu kenapa saya panggil dia naik atas pentas ? Sebab dia lakukan masalah paling besar dalam sekolah ini ! Dia bawa benda yang terlarang masuk ke dalam kawasan sekolah ! " cikgu Omar sudah mulai amarahnya . Sudah la jerit di microphone ini tambah lagi jeritan , jerkahan cikgu .
Dia bawa benda terlarang ? Apa benda ? Telefon ? Tak bahaya sangat .
" Saya cukup malu dengan kelakuan awak , Iskandar . Saya tak tahu kenapa awak bawa benda terlarang itu . Saya pun dah muak dengan perangai , masalah disiplin awak dekat sekolah ini " adu cikgu Omar .
Apa yang dia buat ? Aku dengar macam besar sangat masalah dia . Iskandar masih lagi dengan muka selambanya . Dia ni tak ada hati dan perasaan ke ?
" Selepas perhimpunan saya nak jumpa awak ! " cikgu Omar mula beredar dari situ . Iskandar masih lagi di atas pentas .
Perhimpunan sudah melabuhkan tirai , pelajar yang lain sudah memasuki ke dalam kelas .
" Wei kau rasa Iskandar buat masalah apa ha ? Ye la kau kan girlfriend dia "
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen Fiction..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...