Aku mengemas peralatan dan buku aku di atas meja . Nampak bersepah , well tadi belajar sejarah itu yang banyak buku kena tulis itu semua .
Ada nampak saya di situ pelajar yang rajin ? Cey, tiber.
Perasan je aku ni nyah . Jam loceng sekolah pun sudah berbunyi menandakan sudah masuk waktu rehat . Argh , lega . Selama 2 jam tengah hadap buku sejarah dan cikgu mengajar ni penat juga tapi tak perasan pula sudah 2 jam . Uwuuu , interesting ....
" Eh Rin , kau nak pergi mana tu ? " Tegur Dhiya . Pelik melihat kelakuan aku cepat-cepat berkemas .
" Aku nak pergi somewhere kejap , korang pergi lah rehat dulu " kataku sambil mengambil paper bag yang diisi sweater milik Iskandar .
Ya . Aku nak pergi jumpa Iskandar . Alang-alang nak bagi barang dia , aku ada la masak nasi goreng , plus ada telur dan ayam yang sudah dipotong kecil . Senang nak makan!
" Kau nak pergi jumpa siapa ? " Pea pula menyoal . Aku tersenyum lalu terus keluar dari kelas 4 Bestari . Tak pasal-pasal kena banyak soal dengan diorang . Kus semangat .
Kakiku melangkah ke arah bilik pengawas . Ya , dekat situ je Iskandar selalu rehat . Tak tahu apa yang best dalam bilik tu setiap kali rehat . Alasan ; malas nak pergi kantin . Er ?
Sampai sahaja di sana , aku mengetuk pintu tersebut . Aik , tak ada orang ke ? Tidak membuang masa , aku terus membuka pintu lalu masuk ke dalam bilik tersebut .
Eh ? Tak ada orang . Tapi lampu , aircond terpasang . Adakah tempat ini masih ok ? Seram pula aku sorang-sorang ni .
Aku lihat barang milik Iskandar pun ada di atas meja . Bersepahnya .... Dulu masa aku dan dia , aku la orang yang selalu kemas bilik sebelum keluar dari bilik ni . Iskandar? Kerja dia bagi menyepahkan file , kertas itu semua . Memang setiap hari dia kena bebelan aku la .
Hm lama juga aku tak masuk bilik pengawas ni . Maklum lah , saya dah letak jawatan . Ceq dah pencen! Hohoo
Haih! Iskandar , Iskandar .....
" Kau buat apa dalam bilik ni ? "
Suara tu .
Aku terus menoleh ke belakang .
Eh ? Sejak bila dia masuk bilik ni ? Tak dengar pun . Dasar pencuri!
" Err .... er aku nak jumpa kau la " jawabku . Haih , kalau jumpa dengan Iskandar mesti rasa nervous . Hmm , pelik ini yah ............
" Jumpa aku , buat apa ? " Soalnya dengan hairan . Dia terus duduk di atas meja yang serabut dengan kertas , fail sana sini . Er , dia memang buat buat tak nampak ke bersepah atas meja tu ? Tak boleh ke kemas kejap ?
Aku menghela nafas perlahan . " Aku nak bagi sweater kau balik laa . Takkan aku nak simpan barang kau pula , eeee tak hingin aku " jawabku dengan angkuh .
Wah , berlagaknya cik Farha Arina niii!
Iskandar menjongket kening kirinya , reaction dia macam " like seriously ? " . Bayangkan jela korang pun .
" Then dalam paper bag lagi satu tu apa ? Setahu aku bagi sweater ja , tak ada benda lain pun kecuali laa ..... "
Aku memandangnya dengan tanda tanya . Kecuali apa ye ?
" Kecuali kau ambil hati aku laa , chiaa chiaa chiaa .... "
Err ? Oke .
Actually , aku geli sebenarnya dengan pick up line hambar ni . Yeah , aku bukan macam perempuan-perempuan di luar sana . Ye saya tahu , saya pelik orangnya .
Gitchuw!
" Ha ha ha .... " Aku terus meletak dua paper bag di meja tersebut . Ya Allah , rasa serabut .
ANDA SEDANG MEMBACA
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Ficção AdolescenteSyed Iskandar Zulkarnain & Farha Arina ..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha rasa rimas kera...
![Hi , Mr Annoying ! [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/228393936-64-k798376.jpg)