" Hamboi kau . Jangan la garang sangat kau ni . Lek lek . Mentang-mentang lah sekarang kau dah naik pangkat makin garang eh "
Suara Dhiya mengusik aku di pagi yang indah ini . Pagi-pagi dah terdengar suara pontianak!
Aku sudah mencekak pinggang sambil memandang ke arah Dhiya yang sedang membetulkan tudungnya ke arah cermin yang tersedia di situ . Sekolah ini cermin di mana-mana sahaja itu semua pelajar tak kalut nak pergi tandas untuk tujuan melihat cermin sahaja terutama pelajar perempuan .
" Dah pergi masuk barisan kang aku denda kau juga tak kira la kawan ke tak kawan , aku denda jugak! " kataku dengan tegas .
Dhiya membuat muka cemberutnya . Eh ingat elok ke buat muka buruk macam tu? Aku tengok dah serupa nenek lampir tahu!
" ee .. yelaa Makcik Arin! Aku tahu aku ni siapa bagi kau . Hanya sekadar kawan biasa saja . Tak ape " suara Dhiya berubah menjadi sayu .
Cengeng!
" Aku ..... "
" Pergi masuk barisan sekarang! Perhimpunan dah nak mula tu . Farha , kau ikut aku jaga pagar sekolah nak catat pelajar yang lewat hari ini! "
Mood serius Ketua Pengawas dia dah mula dah! Mampus kau Arin . Alahai , aku kena bawa banyak bersabar laa dengan kerenah dia . Serius tak tentu hala , annoying pun tak tentu hala juga . Nasib-nasib ..
Dhiya yang terdengar suara itu terus melangkah pergi tetapi sebelum dia bergerak dia sempat menjeling ke arah Iskandar yang bersebelahan dengan diri aku .
Redha jelaa dapat Ketua Pengawas macam ni ..
" Cepat ikut aku! "
Lamunan aku terus terhenti apabila terdengar jerkahannya . Aku pun apa lagi dengan pantas terus mengikut langkah Iskandar . Tak mahu aku kena angin Singa dia .. errr menyeramkan!
AIR peluh aku mula keluar di dahiku . Cuaca hari ini sungguh panas , ya . Buku catatan menjadi mangsa aku mengibas di bahagian muka aku . Panas punya pasal .. baru panas dunia belum panas di akhirat lagi weh .
Iskandar pun satu yang berdiri di tengah panas ni dah kenapa ? Boleh tak pergi ke tempat teduh sikit , bumbung di pondok pengawal tu pun masih ada ruang lagi tapi Iskandar ni gatal suruh berdiri tengah panas juga . Eee!
Tapi kan sejak aku berdiri di sini bersama dia .. tak ada benda yang hendak dibual dari kami berdua . Entah laa , mungkin masing-masing masih awkward lagi err -- yela bermula hari ini aku dan dia akan menjalankan tugas sebagai pengawas .
Baju jawatan ini ok tapi lagi membuatkan masalah adalah pelajar lelaki . Entah la aku rasa kesian pun ada . Tahu tak kenapa ? Sebab warna baju jawatan pengawas sekolah ialah warna pink!
Aku ulang lagi sekali , WARNA PINK!
Aku tertawa apabila melihat pelajar lelaki memakai kemeja yang berwarna pink serta seluar sekolah berwarna hitam . Nampak cute! hehe .
Aku toleh ke sebelah kiri untuk melihat penampilan Iskandar pada hari ini . Dia memakai baju kemeja pinknya serta melipat lengan bajunya hingga ke siku .
Sungguh kacak sekali , bang!
" Dah habis ke tenung aku ? "
GULPP!!
Nampak sangat ke aku tengah tenung dia ?
Hm , malu!
" Mmm --- mana ada . Aku cuma err -- tu haa tenung mak cik jual karipap seberang jalan sana " dalihku .
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Fiksi Remaja..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...