BAB 49

100 9 3
                                        

You look so cute and I can't help myself . My eyes always wants to stare at you . Please be safe , dear 💕

Aku tersenyum kecil apabila melihat post yang Iskandar letak di Instagram . Macam tak percaya pun ada . Orang yang aku tak suka dulu , tolong aku pada tempoh hari . Annoying dia pun but he's still care .

Auch! Angau teruk dah kau ni , Arin.

" Woi ! " sergah seseorang . Tak lain tak bukan , Faiq Anim .

" Kenapa kau woi dekat aku ? Tak tahu nak tegur elok-elok ke ? " bengang pula perangai tak semengah Faiq ni . Aku terus menyimpan telefon di poket baju hoodie .

Kang kantoi dengan Faiq pula , mampos guweee!

" Saja . Ni kau ok tak ? Demam kau dah kebah ? Ada sakit dekat mana-mana lagi tak ? " Faiq menukar topik , tidak mahu bergaduh buat masa sekarang . Yela , aku masih cuti sakit .

Yahooo!

Oh , aku dapat MC dari doktor . 2 hari je . Lusa aku dah boleh pergi sekolah macam biasa . Si makcik-makcik bawang tu dah buat drama swasta bila aku cakap MC dua hari .

Over je!

Tapi kalau tak kebah juga , kena pergi hospital . Check darah . Uwuu , tak mahu aku!

" Aku ok je . Makan ubat ikut time , ok dah la tu " jawabku . Alhamdulillah , aku sudah beransur pulih . Yela tengok siapa yang jaga aku .

Doktor Faiq Anim bin Ahmad .

Tapi doktor tak bertauliah ?

Tahu tak paksa aku makan ubat , macam Ah Long minta hutang . Kasar bongok! Aku sabar je dalam hati , dah tengah sakit boleh layan aku macam tu ???!!!!

Nasib ada abah yang back up anak perempuan bongsu dia . Hoho . Memang kena ceramah 2 jam laa HAHAHAHAA .

Padan muka lu!

Tapi kan ..... Faiq sanggup ambil cuti semata-mata nak jaga aku yang tengah sakit ni . Auch , sis terharu! Mak abah pula .....

Oh lupa!

Mak dan abah aku sekarang tengah busy nak buka kedai makan nanti . Alhamdulillah , impian abah tercapai nak buka kedai makan . Abah kalau bab-bab masak memang terror . Tengok la anak siapa ? Anak Mak Riah la . Uwuuuu .

Mak pun turut membantu abah . Patut la selalu sangat keluar berdua , bila ditanya .....

" Ada urusan "

Aku ingat pergi dating , mentang-mentang anak-anak semua dah besar panjang . Rupanya hm .... tengah menguruskan kedai yang tidak lama dibuka . Syukur .

Airan pula , budak tu tengah busy jawab PT3 bermula hari ini . Bila dia dapat tahu aku sakit ni , punya risau la sampai sanggup nak balik rumah . Tapi abah tak bagi , yela budak tu nak jawab exam , biar la bagi perabis exam tu . Kepentingan untuk diri dia juga . Aku yang sakit ni ada lagi orang lain nak jaga , abah , mak dengan Faiq . Ha , kan ramai gitchuww!

" Hmm kalau macam tu , baguslah . Sekurang-kurangnya nampak la effort aku jaga kau sakit ni , tak sia-sia aku ambil cuti " Faiq berasa bangga .

Aku membuat muka toya . Err , kalau ada anugerah perangai angkat bakul sendiri tu ha memang patut dimenangi oleh Faiq!

Tapi bila aku tengok muka Faiq , macam nak hampir sama dengan Iskandar pula .

Eh ?

Eh ?

Eh ?

Berapa banyak eh ni ? HAHAHAHAHA

Lupa pula pakcik annoying tu . Lepas je kejadian tu , masa aku balik dari klinik , dia wassap aku . DIA WASSAP AKU , GUYS! Dia tanya keadaan aku tapi aku biarkan text itu begitu sahaja . Tinggal bluetick je .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang