Aku bercakap seorang diri ketika menuju ke bilik guru . Lantak la orang cakap aku gila ka apa sekarang ni aku betul betul bengang dengan Iskandar tu , eeeee !
Patut lah 2-3 hari ni dia tak kacau aku hm ada udang sebalik mee . Sumpah aku cakap , Iskandar memang bagi aku benci sangat dekat dia , aaaaa !!!
Aku duduk di kerusi serta meja milik cikgu Zarul . Hm mana cikgu Zarul ni , tak habis solat lagi ke ?
Disebabkan Iskandar aku terpaksa hadap kelas tahanan . Weh tak pernah aku masuk kelas tahanan sorang sorang , semuanya mesti ada geng aku tapi ini ? Arghhhh , Iskandar !!!!
" Maaf , cikgu lambat . Tadi cikgu terserempak dengan cikgu Era boleh pula terlajak sembang " cerita cikgu Zarul yang baru muncul . Aku masih diam , hm malas !
Bukan nak biadab tapi Iskandar tu aiyyy dah melebih tau ! Tunggu la !
" aik , kenapa muka kamu merah sangat Arin ? Kamu tak sihat ke ? Kalau tak sihat tak apa kita ganti ke hari lain " tegurnya .
Argh ini la punca aku berkulit putih , terselah kemerahan di muka aku . Jelas sungguh kalau aku tengah blushing ke nangis .
" Tak . Saya tak sakit pun dan cikgu tak payah tukar ke hari lain , hari ini je saya free esok lusa pula tak tahu la saya free ke tak . Sekarang ni saya tengah bengang dengan seseorang " jawabku dengan selamba .
Cikgu Zarul tersenyum . Ee orang tengah marah boleh pula senyum , jangan pula cikgu jadi tempat lepasan amarah saya ni ha .
" Kamu tengah bengang dengan siapa ni ? Saya ? sebab bagi kelas tahanan dekat awak hari ini ? " soalnya .
" Tak . Orang yang bagi buku saya hilang hari ini . Saya tahu sebab check buku nota tu masih lagi dalam beg saya , saya tahu dan tak nyanyuk lagi " jawabku.
" siapa ? Awak ni jangan fitnah orang lain pula "
" Syed Iskandar Zulkarnain . Saya tahu dia sebab dia sekarang tengah dendam dekat saya apa yang saya cakap pada dia tempoh hari " amarah aku mulai naik . Tunggu nak meletop jaaa !
" Macam mana awak tahu dia curi buku awak ? "
" dah ada orang bagitahu . Siap lagi orang tu ada dekat situ dengan Iskandar . Saya betul betul bengang dengan Iskandar tu takkan saya cakap macam tu pun dia terasa , tch hati tisu betul " luahku .
" Arin , semua manusia ada hati perasaan tau . Jadi , awak jangan memadai kaum lelaki ni tak ada hati perasaan , kuat je dari luar tapi dalam hati mereka ? Saya tahu sebab saya pun lelaki dan saya pernah apa yang mereka rasai itu "
" Saya bukan nak back up siapa siapa tapi mungkin Iskandar tu terasa dengan kata kata awak . Mungkin awak terlalu kasar dengan dia ? "
Memang pun cikgu ! Boleh dia kasar dengan aku takkan aku tak boleh pula en ?
" Saya kenal Iskandar tu perangai macam mana . Dia jadi macam tu sebab hal family dia dulu . Dia dulu top student masa PMR dulu but after that dia berubah jadi perangai sebegitu " cikgu Zarul mencerita .
Aku terkejut . Biar betul Iskandar tu dulu top student ? Wahh , tak sangka aku orang macam tu pun pandai dari aku , auch !
" Sebab family dia ? Macam mana cikgu tahu pasal dia ? " aku ingin tahu. Pelik cikgu ni . Macam dah kenal sangat dengan Iskandar .
" Yaa sebab saya yang jadi guru kaunselor dia jadi semua kisah silam dia saya tahu . Saya kesian sangat dekat dia bila dapat punca utama dia macam ni sebab dapat tahu daddy dia kahwin lain "
" Dia dapat tahu sebab dia terdengar pergaduhan antara umi dan daddy dia ketika umur dia 14 tahun . Awal tu dia ingat pergaduhan manja tapi bila dia terdengar daddy dia kahwin lain , curahkan kasih sayang pada orang lain selain umi dan adik beradik dia . Dia sedih sangat masa tu . Dia buntu masa tu "
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen Fiction..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...