BAB 11

139 30 3
                                    

Aku nampak ada tandas perempuan yang berdekatan di situ . Aku terus berlari masuk ke dalam tandas . Aku bersandar di sebalik dinding tandas itu .

Aku menutup mulut aku dengan tangan aku . Sungguh , aku takut sekarang ! Aku takut Engku Hariz dan Khairil tahu kewujudan aku di situ . Tangan aku sudah mula gigil . Peluh sudah keluar dari tubuh badan aku .

" Ada orang ke tadi ? " suara Engku Hariz di luar tandas .

" Entah , aku nampak macam kelibat orang tadi hm aku rasa macam perempuan yela dia pakai tudung " jawab Khairil .

GULP !

Khairil perasan kew ?

Macam mana kalau dia tahu itu aku ? Aaaa , mampus aku kalau begini . Macam la aku tak kenal Engku Hariz tu macam mana , dia akan buat benda tu sampai dia puas hati . Walaupun aku tak kenal dia sampai sebulan aku tahu perangai dia macam mana , seperti sekarang . Dia sanggup buat sebegitu pada Iskandar .

" Bro . Kalau dia dengar perbualan kita tu macam mana ? " soal Khairil yang aku rasa suara itu sudah berhampiran dengan tandas aku berada sekarang .

" Kita cari dia sampai dapat ! Aku tak nak rahsia aku terbongkar dari mulut orang . Aku tak nak " tegas Engku Hariz .

" Ril , kau cakap yang dengar kita tadi tu perempuan kan ? Apa kata kita masuk tandas perempuan ni . Lek laa sekarang bukan masa persekolahan confirm tak ada orang perasan punya " Engku Hariz memberi cadangan .

WEIIIIII !

AKU NAK BUAT APA NI ?!!!!!

DIA ORANG NAK MASUK !!!!!

Adui , macam mana ni ? Jalan keluar ?

Kau gila nak keluar dari tingkap lepastu lompat dari tingkat 2 . Gila ! Tak pasal pasal nyawa aku melayang !

Aku mendengar tapak kaki mereka menuju ke arah tandas ini . Mak , Arin nak balik !

Aku memejam mata . Ya Allah , tolong lah hamba Mu ini yang dalam kesusahan . Aku berdoa tanpa henti . Aku harap mereka tidak memasuki tandas ini .

" Kau orang buat apa ? "

Kejap .

Suara ni bukan suara ----

" Kau rupanya . Erh , tak sedar diri ke kau tu kena gantung sekolah ada hati nak datang sekolah " sindir Engku Hariz .

" Asal ? Kau rindu nak cari pasal dengan kita orang ? " soal Khairil dengan sinis .

Aku hanya dapat mendengar sahaja percakapan mereka di luar tandas . Jangan la mulakan pergaduhan dekat luar tandas ni .

" Tak ada masa aku nak rindu kau orang dua ni . dah menyusahkan hidup aku , buat apa lagi aku nak rindu kau orang ha ? " sindir Iskandar pula .

Ya . Iskandar berada di sini .

" Aih panas pula dekat sini . Dah Ril , jom blah . Menyemak je aku tengok muka mamat ni . Muka tak ada masa depan dan hala tuju " kutuk Engku Hariz .

Iskandar hanya diam dengan kutukkan dari Engku Hariz .

Aku mendengar tapak kaki mereka berdua sudah jauh dari tandas .

Aku terus mengeluarkan telefon milik aku lalu aku mematikan record itu . Haa , dah dapat juga apa yang aku nak !

Ok !

Now , apa aku nak buat sekarang ?

Berlakon ?

Err ?

Aku terus menuju ke tandas untuk ' berlakon ' tanda aku pergi ke tandas . Harap menjadi !

Aku terus meng flash pam tersebut . Alaa , berlakon kan . Hehe . Aku terus ke singki untuk membasuh tangan . Kemudian aku membetulkan sedikit tudung bawal aku . Tadi aku tak kisah herot ke senget ke yang penting dapat lari dari Engku Hariz dan Khairil tadi .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now