BAB 12

152 29 0
                                    

" Alaa cikgu , masa tu bukan time persekolahan dah . Itu masa petang bukan pagi . Kebetulan saya lalu dekat situ . Alaa cikgu Zarul , pleaseee " rayuku pada cikgu Zarul yang sedang memeluk tubuhnya sambil memandang diri aku .

Cikgu Zarul mengeluh . " Masalahnya sekarang Arin , awak bawa objek larangan masuk ke dalam kawasan sekolah . Tak kira waktu sekolah ataupun tidak , telefon dilarang juga . Itu kesalahan yang awak akan dapat dengan unit disiplin . Saya tak nak awak terlibat masalah ini . Awak pun tahu kan macam Engku Hariz tu ? Dia orang berpengaruh besar . Itu yang masalah " kata Cikgu Zarul .

Aku mengeluh . Kenapa susah sangat nak lawan dengan orang macam Engku Hariz tu disebabkan dia orang berada dan pengaruh besar macam tu ?

" Saya tahu niat awak nak tolong Iskandar tapi awak kena fikir padahnya nanti pada diri awak . Saya harap awak faham apa yang saya sampaikan pada awak . Saya ada kelas lepas ni . Saya pergi dulu . Assalamualaikum " Cikgu Zarul terus meninggalkan aku di meja miliknya dalam bilik guru .

Aku mengetap bibir . Aku berfikir macam mana nak bagi orang Engku Hariz tu jatuh tersungkur . Tapi --- hurhh !

Aku terus keluar dari bilik guru sambil berfikir masalah itu . Takkan nak mengalah macam tu saja ?

No !

Tak . Aku takkan bagi Engku Hariz menang sebegitu saja . Aku kena buat sesuatu . Tapi dengan cara apa ?

Nak minta pertolongan Ryan hm mamat tu mesti pergi report pada Iskandar . Tak mahu aku kena marah dengan Singa tu . Mahu kena marah kaw kaw dengan dia . Lagipun awal awal lagi dia dah cakap jangan masuk campur hal dia .

Tapi ?

Aku degil juga !

Aku berfikir sejenak sebentar . Nak rapat dengan cikgu Omar ? Er , aku tengok muka dia pun tak ada satu garisan senyuman di bibirnya , seram bak hang ! Serius dia , 24 hours .

Aku menuju ke arah kelas aku . Nasib cikgu tak masuk lagi . Katanya ada meeting . Kita sebagai pelajar , berfoya foya lah dulu semasa cikgu tiada dalam kelas ye . HAHAHAAHA .

Ketika kaki aku mahu jejak tangga , aku lihat ramai pelajar berbisik apabila melihat aku . Dah kenapa wei ? Aku buat apa ?

Bukan dia orang ni saja , tapi semua pelajar yang aku terserempak dalam sekolah ni semua macam pelik apabila melihat keberadaan aku yang berdekatan dengan mereka semua . Mereka kelihatan berbisik bisik , ada yang muka terkejut .

Aku tak tahu kenapa dia orang kelakuan sebegitu sekali .

Aku buat masalah ke ?

Tapi setahu aku , tak ada pula . Tiga hari ketiadaan Iskandar di sekolah ni , aku tidak buat apa apa masalah yang melibatkan apa apa hal .

Apahal ?

Tanpa sedar , aku sudah berada di depan pintu kelas aku . Aku terus masuk ke dalam kelas . Ya . Mereka di dalam kelas itu membuat kelakuan yang sama . Berbisik sesama kawan yang berdekatan dengan mereka .

Kenapa ni ?

Aku terus berjalan menuju ke tempat duduk aku . Aku melihat Pea masih melihat kelakuan aku .

Aku menepuk lengannya . " Kenapa dia orang tengok aku macam tu ? Berbisik bagai . Ada apa apa yang tak kena ke ? " soalku .

" Kau tak tahu apa apa ke ? " soalnya . Aku menggeleng kepala . Apa benda ?

Pea menghela nafasnya . " Kau tak tengok ke instragram kau semalam ? Ramai comments gambar kau " katanya .

Aku mengerut dahi . Apa kes ? " Gambar aku ? eh setahu aku tak post pun apa apa gambar buat masa ni and account aku private jadi aku rasa tak ramai tengok . Kenapa wei ? " kataku .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now