Media ; Melia <3
" Kamu semua ni gaduh ke apa ? " Cikgu Zarul cuba memecahkan kesunyian kami semua di situ .
Pea yang sedang menikmati minuman air gas itu terus tersedak . Aku terus menepuk belakang badannya . Gelojoh ini budak . Dhiya pula hanya terus menikmati makanan di hadapannya . Tak tahu nak berkata apa . Kata nanti , ha kantoi pula . Lebih baik berdiam diri .
Tiga jejaka di hadapan kami pun hanya berdiam diri . Tidak tahu nak bercakap tentang apa . Like stranger , begitu .
Cikgu Zarul menghela nafas perlahan . Pelik betul perangai anak-anak pelajar di hadapannya . Nak kata tidak kenal , tidak mungkin -- pantang bersemuka pasti akan bertekak mulut jua . Mustahil la tidak kenal satu sama lain .
Aku dan Iskandar ?
Confirm cikgu Zarul berasa pelik di antara aku dan Iskandar . Yela , aku dan dia satu pasukan -- eh bukan . Itu dulu . Mulai sekarang , kami berdua akan membawa haluan masing-masing . Ada life , kan?
" Ok . Memandangkan semua ada di sini , cikgu nak bagitahu satu perkara kepada kamu semua . Saya harap ini adalah satu berita gembira bagi kamu semua " Cikgu Zarul mahu memulakan perbualan.
" Apa benda , cikgu ? " soal Dhiya .
" Laaa , ingat kamu semua ni bisu . Yela , cikgu cakap tadi , tiada siapa pun bersuara . Semua palau cikgu , hmm " adu cikgu Zarul .
Aku hanya tertawa kecil . Comel jaa cikgu Zarul bila mengadu . Mesti anak mak ni sebab selalu sangat mengadu macam-macam benda . Tapi fakta mengatakan , anak lelaki akan lebih rapat bersama ibu berbanding ayah . Yela , tempat mereka bermanja kot , siapa lagi nak bermanja melainkan korang ada girlfriend kan .
Kemudian mataku beralih ke hadapan . Zzappp!
Mataku terus bertentang mata milik Iskandar . Ya , Iskandar duduk di hadapan aku . Macam tiada tempat lain nak duduk , depan aku juga dia nak duduk ee . Sepak kang , nak?
Terus aku menyambung makan yang tinggal di dalam kotak KFC . Bukan selalu menikmati makanan macam ini . Simpan duit , jimat cermat laa . Dah besar kena pandai menyimpan untuk masa hadapan . Aceceee . Lagi satu , orang dah belanja terima laa bukan selalu orang nak belanja diri kita ni .
" Cepat laa cikguu .. apa benda cikgu nak sampaikan ? Saya tak sabar nak dengar ni " kata Dhiya yang tidak sabar - sabar menanti perihal yang cikgu Zarul bagitahu ini .
Jangan kata dia , aku pun ehehehe .
Cikgu Zarul tersenyum lalu berdehem sebentar . Seperti memberi ucapan yang agak panjang ? Eh eh .
" Ok , begini ... tak lama nanti sekolah kita akan buat aktiviti perkhemahan --- "
" Yang kita orang susun borang tadi tu ekk ? " suara Pea menyampuk percakapan cikgu Zarul .
Kami semua berdecit .
PAKKK !
" Adui , sakit laa gilak " adu Pea yang menggosok belakang badannya akibat kena ' penampar Dhiya ' .
" Bagi cikgu habis cakap , baru kau sampuk . Kau ni --- spoil laaa . Aih , ada juga makan penampar dekat pipi ni kangg " Dhiya memberi amaran pada Pea . Ha sudah gaduh !
" Alaaaa kau ni , biarlaaa . Mulut aku , bukan mulut kau . Erghhh " balas Pea yang tidak mahu mengalah .
" Jangan sampai aku cium mulut laser kau tu depan semua orang ni nanti " Ryan pula menyampuk .
Pea yang mendengar suara itu terus mukanya bertukar menjadi warna merah padam . Dasar ini budak bawah umur! Tak padan cakap benda itu di hadapan cikgu!
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Fiksi Remaja..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...