BAB 29

103 18 0
                                    

" ish mana dia ni ? " gumamku dengan perlahan sambil menilik jam tangan Casio aku .

Dah nak masuk pukul 3 kot tapi .. aih , mana dia pergi . Kata lepas habis kelas jumpa di sini tapi -- kelas dia habis pukul 230 tapi batang hidung dia pun tak nampak .

Ish , pergi melencong ke mana ni ?!

Aku melabuhkan punggung di lantai koridor . Kerusi ada jaa tapi berhabuk dan sedikit kotor itu yang aku duduk di atas lantai koridor . Diriku disandar di tiang dinding sambil menutup mata . Rehatkan minda dan mata sekejap nanti orang tu datang bagi aku naik darah je . Lelap sekejap pun jadi laa , best juga dengan angin tersepoi-sepoi .

Kemudian aku terasa seperti orang berdiri betul-betul di hadapan aku kerana aku tidak merasai angin seperti tadi . Aku cuba membuka mata perlahan-lahan dan ...

GULP!

Aku mengeluh . Dia lagi macam tiada orang lain pula . Kalau dulu Engku Hariz , ini pula dia -- erghh!

" Kau nak apa ? " soalku dengan dingin lalu aku terus bangun dari duduk . Tak selesa mata lelaki itu melihat diri aku yang sedang duduk sambil memeluk tubuhku . Mata lelaki-lelaki sekarang ini lain macam tau!

Dia hanya tersenyum senget sambil menyeluk tangannya ke dalam poket seluar sukannya . Baju sukan pun sudah dibawa keluar dari seluar .. ish ish memang tapical budak nakal akan letak baju keluar gitu eh ?

" Aku nak balik tapi tiba-tiba nampak kau duduk di sini itu yang aku singgah dekat kau " balasnya .

Elehh!

" Then ? Kau nak buat apa singgah ke sini ha ? Tak ada kerja lain ke kau nak buat selain nak mengacau aku "

Dia hanya tersenyum sahaja . Ee , buat apa senyum dekat aku ? Aku tengah marah kot bukan buat lawak jenaka dengan dia .

" Nak teman kau " jawabnya dengan selamba .

" Tak payah! Menyibuk saja hal orang , kau pergi blah sekarang! " marahku . Boleh dapat darah tinggi juga aku ni , haa!

" Biar la aku nak teman kau . Kenapa ? Takut Iskandar marah kau ? Alaa kau tak payah risau , dia takkan marah kalau aku ada teman kau " katanya .

Aku menghembus nafas dengan kasar . Degil betul si Hizami ni!

Ya . 'Dia' yang dimaksudkan adalah Muhammad Hizami Hasmawi bin Tan Sri Mahmud . Anak Tan Sri la katakan . Aku tahu nama penuh dia sebab aku dapat info dari Makcik-makcik Bawang Express laaa . Siapa lagi kalau bukan Dhiya dan Pea . So , siapa-siapa nak hal semasa kini boleh bertanya dengan dua orang makcik bawang itu .

Menurut kata mereka , Hizami adalah seorang atlet bagi sukan bola keranjang  sama saja dengan Iskandar . Tetapi Hizami juga banyak menyertai pertandingan yang melibatkan diri dari luar dan dalam sekolah walaupun dia dari kelas belakang tak bermakna dia tidak boleh mengeluarkan bakatnya tersendiri . Kebanyakkan pertandingan dia masuk ialah seperti sajak , pantun , pidato , perbahasan .. semua pertandingan itu dikeluarkan oleh Kelab Bahasa Melayu . Memang patut pun dia menjadi Pengerusi Kelab Bahasa Melayu cayalah!

Ada satu benda yang Pea beritahu . Ketika masa dahulu , Iskandar dan Hizami pernah berkawan dan hubungan kawan mereka sangat rapat tetapi setelah Iskandar memasuki Tingkatan 4 terus mereka tidak bertegur sapa . Aku bertanya mengapa mereka menjadi begitu tapi Pea tidak mengetahui hal itu .

Hm nak tanya Iskandar ? Confirm dia akan ubah topik kalau aku menyoal hal itu .

Ahaaaaa !

Ryan kan ada boleh la aku bertanya hal ini kepadanya . Harap-harap dia tahu la tentang hal ini .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now