Zzapppp !
Diriku dapat merasakan aku berada di dalam dakapan seseorang . Ya . Seseorang memeluk diriku di pinggir jalan raya .
Dengan lafaz bismillah , aku membuka mataku dengan perlahan-lahan . Diriku masih lagi dalam peluk kan si 'dia' . Kepalaku cuba untuk mendongak tengok dirinya tapi -----
" KAU MEMANG NAK MATI AWAL KE TADI ?! KAU NI MEMANG TAK SEDAR DIRI LAGI YANG KERETA TU NAK LANGGAR KAU TAPI KAU ??? MASIH DUDUK MACAM TIANG NEGARA DEKAT SITU , KENAPAAA ?!!!! " tengkingnya .
Aku memejam mata ketika dia sedang tengking pada aku . Seperti air mataku mahu sahaja keluar dari mengalir di pipi ketika ini .
" KENAPA DIAM ?!! DAH BISU ?! Setahu aku sekolah ini tak ada pun orang atau murid OKU . Kau ni memang tak pandai jaga diri kau ? Tch , macam mana kalau kereta tu langgar kau tadi ? Nyawa kau melayang . Lagi satu , kau tak kesian mak bapak kau menangis sebab anak dia orang tak pandai jaga diri di jalan raya . Macam tu ? " hamburnya .
Aku mengetap bibirku . Bila-bila sahaja tangisan aku boleh keluar .
Tch ! Macam mana aku boleh jadi lemah bila dia tengking aku ? Aku kalau kena marah tak pernah terasa , sedih sebegini tapi kalau dia marah ? Ugh !
" Is , sudah la tu . Kau jangan marahkan dia sangat . Benda dah lepas , sekarang ni Arin pun dah selamat tak ada pun cedera mana-mana kira dia ok la tu " Ryan cuba menenangkan Iskandar yang sedang api amarahnya padaku .
Ya . Orang yang menyelamatkan aku itu adalah Iskandar . Dia yang menarik dan memeluk diriku tadi .
Rasa berdosa pula . Astaghfirullahalazim . Tambah dosa aku dan abah aku . Maafkan Arin , abah .
" Kalau latihan kita tak habis awal tadi tak ada ke nyawa dia melayang dengan kereta tu tadi ? Kau tak rasa banyak darah yang melimpah dekat atas jalan ni nanti " Iskandar masih dengan pendiriannya .
Pea berdiri di sebelah aku lalu memeluk bahuku . " Sudah la . Betul apa kata si Ryan , benda dah jadi semuanya dah selamat . Kau pun tak payah nak besarkan masalah ni lagi . Lagipun , aku yang salah dalam hal ini . Aku yang suruh Arin pergi sorang diri lintas sebelah jalan sana " Pea cuba back up diriku .
Iskandar mendengus kasar .
" Bro , sudah la . Benda dah jadi , apa yang kita mampu buat " Haydar pula cuba menenangkan Iskandar .
" Dah , jangan nak panjangkan lagi masalah ini lagi . Jom Arin , kita balik . Ibu aku dah sampai " Pea menarik diriku yang dari hanya diam dari situ .
Aku tak tahu kenapa aku berasa takut sangat apabila Iskandar memarahi aku sebegitu sekali . Entah apa yang hatiku rasai tadi .
Tapi kenapa Iskandar marah aku macam itu sekali ?
Dia masih cinta dan sayangkan aku macam itu ? Sebab itu dia marahkan aku ?
Tak , tak ... tak mungkin . Dia tak cintakan aku pun . Dia marah kau pun mungkin si Ryan atau Haydar ke nampak aku tadi , mungkin ?
Ughhh , serabut kepala aku !!!!
****
Fikiranku melayang tragedi kes semalam yang ditimpa oleh aku . Sampai sekarang otak ku tidak dapat mencerna kata-kata cikgu Suraya yang sedang mengajar di hadapan .
Lamunanku terhenti apabila Pea menyiku lenganku di tepi . Aku memandangnya , kenapa ? Dia memuncungkan mulutnya ke depan .
Nak cium siapa pula minah ni ?
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen Fiction..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...