"Weh , Ryan ada bagitahu kau tak kita nak pergi mana ? " Pea yang sedang menjamu selera nasi lemak itu memandang aku .
Dia hanya mengangkat bahu . Tak tahu . Aku menghela nafas . Ke mana la diorang nak bawa ni .
" Mana diorang ni ? Janji melayu betul la " rungut Dhiya yang berada di sebelah kiri aku .
Sekarang , kami bertiga berada di sebuah kedai makan yang berada di tepi jalan . Berdekatan kawasan rumah kitorang . Kononnya , breakfast laa . Itu pun Iskandar suruh kami breakfeast dulu .
Lagi satu , nak pergi suatu 'tempat' tu pun kena pergi sama-sama ? Lah , baik kasi location je .
" Kau dah habis makan ke ? "
" Kejap la sikit lagi ni " Pea meneruskan lagi beberapa suapan untuk menghabiskan satu bungkus nasi lemak itu . Dhiya pula dah selesai makan roti canai . Aku tak ada selera nak makan pagi ni , minum teh'O panas .
" Kau tak nak makan ke , Rin ? " Aku menggelengkan kepala . Tak ada selera nak makan . Mataku mula memandang beberapa buah kenderaan dan motosikal meluncur di jalan raya tersebut sambil menongkat kepala pada kerusi belakang .
; faham faham jela hehe
" Alhamdulillah , kenyang sudah! "
" Eleh kau . Nanti dekat sana kau melantak lagi " Pea membuat rolling eyes kepada Dhiya . Aku hanya menggelengkan kepala . Tak habis habis gaduh .
Tiba-tiba ada sebuah kereta Alza berwarna putih muncul di hadapan kedai . Eh , kereta ni laju laju nak pergi mana ? Nak langgar ke apa kedai ni ?
" Bawa kereta pun tak betul " aku dengar apa Dhiya cakap . Hm betul lah tu . Bawa kereta entah apa-apa je .
Kemudian , cermin kereta bahagian penumpang di sebelah .
Kami bertiga terkejut .
Lah , diorang rupanya . Asal bawa kereta macam nak pergi mati je .
" Eh cepatlah masuk! " Haydar yang berada di tempat driver mengarah kami masuk . Aku memandang Dhiya dan Pea . Nak masuk ke ? Risau aku nak naik kereta macam tu .
" Weh , bagi aku drive lah! Kau bawa tadi melayang nyawa kau tahu tak?! " Marah Ryan yang berada di sebelah pemandu . Muka dia macam bengang pada Haydar .
Mana Iskandar ? Dekat belakang kot ?
" Dah berambus kau duduk belakang sana! Diorang pun takut kau bawa kereta tadi macam nak bawa pergi mati " Ryan membuka pintu untuk keluar dari kereta lalu berjalan ke arah pintu pemandu .
Haydar dengan muka yang agak .... sedih itu jalan ke pintu belakang . Aik ? Asal tak duduk depan ?
" Eh , korang tunggu apa lagi ??? Masuk laaa!!! " Terus kami bertiga terkocoh-kocoh ke arah kereta tersebut . Apa mood Ryan pagi ni , tak stabil je aku tengok .
" Pea , kau duduk sebelah aku cepat! " Pea tanpa banyak cakap terus membuka pintu tempat duduk di sebelah pemandu . Takut la tu .
Aku dan Dhiya pergi ke tempat duduk belakang .
"Eh kau masuk sana! Dhiya sini!" Arah Haydar . Aku dengan pasrah ikut arahannya . Dah mood Ryan dah ke laut , tak pasal aku kena tempias dia .
Baru saja aku mahu memegang pembuka pintu tersebut , pintu sudah dibuka oleh orang dalam .
Kus semangat!
Iskandar .
Dia keluar lalu menyuruh aku masuk ke dalam . Aku hanya senyum segaris padanya . Gentle juga kan? Ehek , kembang kejap saya .
ANDA SEDANG MEMBACA
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen FictionSyed Iskandar Zulkarnain & Farha Arina ..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha rasa rimas kera...
![Hi , Mr Annoying ! [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/228393936-64-k798376.jpg)