BAB 57

104 7 5
                                    

"arinnn !!!!!!" Terus badanku kejung apabila dipeluk kuat oleh dua orang mak cik bawang .

Siapa lagi kalau Dhiya dan Pea .

" Risau aku dapat tau kau tak sedar dua hari wehhh!!!! "

" Tulaa aku pun risau . Eeee kuajo betul Zaif tuu . Aku dapat memang aku bagi kaki bagi dia mandul . Nafsu serakah betul laa dia tuu "

Ha sudah drama pula diorang berdua ni . Aku menolak tubuh mereka . Ya Allah , tak bernafas aku .

" Eish korang ni . Sabar laa . Fuh , tak bernafas aku " aku mengambil oksigen . Mahu sesak nafas aku tadi bila diorang ni peluk aku kemain ketat .

" Rindu kau laa . Nak dekat seminggu kau cuti . Hm dah ada gossip baru weh kau tak datang ni " pea mula bercerita .

Aku meletakkan beg lalu duduk di kerusi . Nak tahu juga , mana tahu panas kan ? Haha . Pea dan Dhiya pun turut duduk bersama aku .

" Kau tahu tak kes kau dan Zaif dah tersebar satu sekolah ni " Pea mula bercerita .

Aku tercegang . What the fish ??!! Macam mana dapat tahu ? Bukan aku kena tu masa semua dah balik ke ? How how ....???

" Macam mana satu sekolah boleh dapat tahu ? " Hairan juga aku dibuatnya .

" Si Yuha Yuhi tu la pergi kecoh satu sekolah . Aku tak tahu dia dapat dari mana tapi aku tak rasa cikgu ke or Ryan , Haydar bagitahu dia . Ryan , Haydar tu kan anti si minah tu " Dhiya menjawab .

" Aku rasa dia pergi pasang telinga ke or terdengar perbualan cikgu . Mana tahu , kan ? " Pea memberi cadangan . Aku mengangguk kepala . Boleh jadi juga .

" Ha sambung lagi . Dia dah tahu kes tu , dia pergi fitnah nama kau sana sini weh . Kau tahu tak dia fitnah apa ? "

Aku memandang Pea . Apa pula si Yuha Yuhi buat cerita .

" Dia cakap kau yang pergi goda Zaif lepastu bila dah kantoi , kau acah lepastu buat cerita kau 'hampir kena rogol' . Eeee , sakit hati pula aku dengar . Lepastu dia cakap lagi kau ni murah pergi jual badan kau dekat jantan lain " aku yang dengar rasa panas pula . Baru je baik dari sakit , ni ada lagi masalah .

Allahuakbar !

Pening aku . Aih , mulut dia tu memang nak aku cuci dengan clorox ke ? Or anyone suggest nak buat benda lain dekat mulut dia ?

" Dia tokok tambah lagi , dia cakap entah berapa jantan kau bagi . Eih , perempuan tu apahal ? Apa lagi dia tak puas dengan kau ? Aku dan Pea nak pergi dekat dia tapi tulaa si Ryan halang pula " Dhiya merungut .

Aku mengeluh . Apa lagi si Yuha ni . Aku ingat Zaif dah blah , tenang la sikit tapi tidak . Ada juga sampah melekat dekat sini .

" Tapi tak habis dekat situ weh ... "

" Tak habis ? Maksud kau ? Dia fitnah apa lagi dekat aku ? " Soalku . Apa lagi dia pergi canang cerita ni .

" Iskandar pergi jumpa dia . And you know what ? Iskandar kasi penampar dekat betina tu . Ha rasakan! "

Aku terkedu . Iskandar pergi tampar Yuha? Allahu .

" Tapi memang patut pun kasi mulut perempuan tu senyap iaitu kasi penampar . Betina tu memang dah melampau , boleh dia buat reka cerita kau ni jual badan kau dekat jantan lain "

" Iskandar tampar dia dekat depan orang ramai . Dekat kantin pula tu memang jadi perhatian la " Dhiya menyambung cerita .

Aku terkedu .

Terkejut .

Tergamam .

Terkejung .

Semua ter laa .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now