" huwaa penatnyaaa ! " adu Pea lalu duduk di batu besar yang berhampiran tapak perkhemahan .
Kami semua baru sahaja lepas memasang khemah dan solat Asar . Selepas ini akan ada aktiviti di sungai yang berhampiran . Katanya abang fesi , ada halangan-halangan yang patut kami lalui . Macam ekstrem gitchuw .
Saya suka , saya suka !
" Eh , baru kemas khemah dah penat . Belum lagi masuk hutan " tegur Dhiya yang berdiri sebelah aku . Kami berdua bercekak pinggang memandang Pea yang sudah lemah di batu besar itu .
" Alaaa , tadi kan kita duduk dalam bas so mood malas tu masih ada lagi heee " jawabnya . Aku dan Dhiya membuat muka apabila dia menjawab .
Menjawab je kerja !
" Eh , lepas ni siapa yang tolong prepare makan malam ? Untuk kumpulan kita siapa yang akan pergi ? " soal Dhiya .
Kami bertiga berfikir sejenak . Bukan ada kerja nak memasak itu semua tapi untuk prepare makanan untuk ahli kumpulan masing-masing . Pelajar perempuan diutamakan membuat kerja itu .
" Kalau tak ada orang ... aku la pergi . Alaa , setakat prepare makanan tu apa la sangat , kan ? " kataku .
" Yela , harini kau pergi . Esok aku ke Pea pergi . Ataupun tu ha minah yang tengok kita semua macam tak puas hati . Ergh! " Pea mendengus kasar .
Sekarang ni aku ke Dhiya yang gaduh dengan Yuha ? Pelik betul .
" Halloooo ! "
Satu suara menegur kami bertiga di situ . Siapa lagi kalau Ryan and the geng . Di mana ada kami , di situ ada mereka . Ahaks ! HAHAHAHA .
" Buat apa korang datang sini ? " soalku kepada mereka . Bosan tengok muka yang sama . Uhuk! Mengada betul .
Aku terus duduk di sebelah Pea . Lagipun batu ni besar sangat . Aku rasa boleh muat dalam 6-7 orang . Bayangkan jela .
" Rilek la Arin oii . Hok aloh , tegur kawan sendiri pun tak boleh ke ? Sombong eh kau sekarang ni . Hm! " balas Ryan . Aku membuat muka toya . Acah je semua tu!
" geli pula si Ryan buat muka hodoh ni " Haydar pula menyampuk .
" macam mana la si Pea boleh suka dekat dia ? " Iskandar pula mengutuk .
" Eh Pea , babyboo kau merajuk tu . Pergi la pujuk tu " tegur Dhiya . Pea membuat muka jijik . Eh -- jijik-jijik pun kau sayang suka dekat dia .
" sayang tengok la diorang semua buli abiyy ! " adu Ryan .
Kami yang berada di situ terhambur ketawa . Lawak betul si Ryan ni . Memang patut la diorang berdua ni bersatu . Dua-dua tak betul!
Iskandar yang melihat sebelah aku kosong terus dia duduk di situ . Aku terus mengesot rapat dengan Pea .
Tetiba .....
" Eh , Pea . Jom teman aku minum air jap " Ryan terus menarik hujung baju Pea lalu mereka berdua berlalu dari sini .
Sesuka hati dia tarik tangan anak dara orang .
" Dhiya , jom pergi sana . Dekat sana view -- fuh lawa! " soal Haydar kepada Dhiya .
" Betul ke ? " Dhiya ingin kepastian . Haydar mengangguk kepala .
" Jom jom !!! " terus Dhiya menarik Haydar pergi dari sini .
Eh merancang ke apa diorang ni ?
" Jangan rapat sangat dengan si Faris tu " Iskandar memecahkan kesunyian kami berdua .
Aku mengerut dahi dengan hairan . Aku memandang muka Iskandar yang si sebelah aku . Iskandar pula masih memandang ke hadapan . Entah apa dia tengok pun aku tak tahu .
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Novela Juvenil..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...