BAB 30

128 20 0
                                    

" Kruk .. kruk .. kruk .. "

Mulutku tidak habis mengunyah keropok yang sudah siap dimasak oleh mak . Memang begini laa setiap malam , makan jaa kerja macam mana tak meroyan kalau berat badan naik kalau tengah malam mulut itu asyik mengunyah sahaja .

Kerja sekolah ? Dah siap siang tadi . Kebetulan hari ini memang semua homework aku sudah siap di sekolah . Hari ini ramai guru tidak masuk kerana menghadiri latihan olahraga yang tidak lama lagi akan bermula .

Dan ya aku jarang hendak bersemuka dengan Iskandar . Yela , dia turut menyertai latihan ini juga . Sibuk la katakan . Tak silap aku dia masuk acara lumba lari dan lontar peluru . Wau!

Kemudian fikiran aku melayang kejadian petang semalam . Iskandar berjalan beriringan bersama Kak Yuha . Makin menjadi-jadi pula pasangan itu di depan mataku .

Apabila aku melihat adegan itu , Ryan pula terperasan! Kantoi laa namanya! Macam boleh kantoi dah si Ryan tu pergi sebut aku betul-betul di hadapan Iskandar siap buat isyarat 'mari datang sini' ..

Oh plisss laaa . Memang tak la aku nak pergi menempel di sana . Orang tengah berdating kot takkan kita nak datang mengacau pula macam orang ketiga dalam hubungan orang iaitu ..

SETAN!

Apabila Ryan jerit automatik la kepala Iskandar menoleh ke belakang yang melihat diri aku yang kaku itu . Bukan Iskandar saja , Kak Yuha pun sama dengan senyuman manis dia .

Aku pun apa lagi , lari laaaa . Gila nak bertapak macam tiang negara di situ . Banyak kerja lagi aku nak uruskan semasa ketiadaan Iskandar ni kang ada juga mulut celupar kata aku ni curi tulang semasa membuat tugas .

" Masuk angin laa keropok ikan tu nanti buat penat mak masuk dalam balang tuu " sergah satu suara .

Aku yang melihat Faiq duduk di sofa sebelah aku terus menyambung mengunyah . Mataku terus fokus ke arah siaran yang disiarkan di dalam TV .

" Tak ada kerja sekolah ke ? " soalnya sambil melihat diri aku .

" Tak " jawab aku dengan mulut aku yang sedang mengunyah . Tak senonoh punya perempuan!

" Kau dah kenapa ? " soalnya . Aku mengerut dahi apabila Faiq menyoal begitu pada aku .

" Kenapa apa ? " soal aku balik . Soalan berbalaa soalan .

Faiq menghela nafas perlahan .

" Tak laa .. sejak kebelakangan ni aku tengok kau asyik diam lepastu termenung sorang diri kau , itula aku tanya . Aku sebagai abang yang bertauliah perlu lah bertanya soal semasa dengan adik sendiri . Itu pun tak boleh , ke ? "

Ceh . Sempat lagi memuji dirinya . Dasar abang! Aku mohon perangai angkat bakul sendiri dia tu akan berubah lepas kahwin nanti . Harap-harap laa .

Berbalik soalan Faiq tadi -- err dia perasan ke tingkah laku semenjak ini ? Aku mengeluh perlahan .

Entah perasaan aku bercampur-bauk pula sekarang . Sedih pun sedih . Nak marah tapi apa yang aku boleh buat sedangkan aku dan Iskandar hanya kawan atau lebih tepat rakan setugas bukan pasangan couple .

" Tak ada apa laa . Aku ok ja tak ada masalah apa pun cuma stress jela bab study tu ha . Yela , tahun depan nak SPM hm benda itu la yang nak bagi tuju hala kejayaan ki --- "

" No . Liar . Tell me the truth , Farha Arina Ahmad "

GULP!

Ha sudah! Bila Faiq Anim sudah menyebut nama penuh aku bermakna dia sedang serius dengan hal ini .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now