BAB 19

139 29 0
                                    

" Perlawanan kita pada minggu hadapan dan cikgu akan adakan latihan lama sikit macam kita start pukul 4 tapi start pukul 330 macam tu  sebab cikgu nak tingkatkan lagi stamina kamu semua , boleh ? Balik macam biasa pukul 6 petang " pinta cikgu Roziah .

" Boleh ja cikgu lagipun kami semua stay dekat sekolah lepas waktu sekolah jadi tak ada masalah rasanya " sahut senior Yuha . Kami semua di situ hanya mengangguk kepala tanda setuju . Tak ada masalah lagipun ini perlawanan antara sekolah demi sekolah .

" Ok , boleh bersurai . Esok petang kamu semua jangan lupa datang latihan pula nanti ada kes lupa . Balik tu elok-elok , kamu semua tu dah la perempuan takut nanti jadi apa-apa pada kamu semua nanti " nasihat cikgu Roziah .

" Aih , cikgu kalau dah mood caring , caring sungguh . Eishh ... " gumam Pea dengan perlahan .

Aku hanya tersenyum nipis sambil mengambil botol air milikku masuk ke dalam beg .

" Kau balik dengan siapa ? " Dhiya menyoal aku .

Oh lupa nak bagitahu , Dhiya juga terpilih masuk dalam pasukan bola jaring wakil sekolah . Sebab dia kan dulu sekolah sukan jadi cikgu pun tarik la diri dia masuk dalam pasukan ini .

" Entah .... tengok la kalau abang aku ke abah aku ambil tapi kalau dia orang tak ada aku balik dengan bas laaa " jawabku .

Tapi kan --- tak silap aku abah ada hal hari ini bermakna dia sibuk . Faiq ? Dia pula tengah sibuk siapkan projek apa entah sejak dua menjak ni , asyik balik lewat saja .

" Eish --- kau tu perempuan boleh jawab nak balik dengan bas . Kau bayangkan bas sampai lambat , ada penjahat rogol kau masa tu , nak ? Dah la hari nak senja " sampuk Pea .

PUKK !

" Adui , sakit laaa " rengek Pea .

" Cakap itu serba bikin lah . Kau ni memang doakan benda tak elok betul , aih apa jenis kawan ni " bebelku .

Betul kan ? Kawan jenis apa fikir benda itu pada kawan sendiri ?

" Alaa , kau ni jangan la cengeng sangat hmmm " pujuk Pea .

Ingat aku termakan pujukkan dia ?

Aku menjelingnya . Aih , redha dapat kawan sejenis macam ini .

Dhiya hanya ketawa kecil melihat telatah kami berdua . Seorang merajuk dan seorang lagi tengah pujuk . Comel !

" Dah la tu buat drama . Jom Rin , aku hantar kau balik . Aku bawa skutter kesayangan aku datang sekolah " ajak Dhiya .

" Aku ? " Pea bersuara .

" Tadi kau cakap balik dengan abang kau jadi ----- kau BOLEH BERAMBUS AHAHAHAHAAHAHA !!!! " jawab Dhiya pada Pea .

Aku apa lagi , masuk juga la gelak terbahak-bahak bersama Dhiya apabila melihat muka cemberut Pea .

Adehhh ---- kawan siapa ini ?

" Kau jangan nak buat muka macam itu kalau kau tak nak aku panggil Ryan datang pujuk kau " usikku .

" Eeeee Arina !!!! " jerit Pea .

" Haa aa laa , Ryan kan pujaan hati kau enn ---- weh mana Ryan , aku nak panggil suruh dia pujuk makcik ni " Dhiya turut mengusik Pea . Pea pun apa lagi masam laaaa HAHAHAHA ...

Mata Dhiya tertacap pada suatu gelanggang yang berhadapan dengan gelanggang bola jaring .

" Haa jumpa pun , kejap aku panggil dia " Dhiya berura-ura untuk pergi ke arah gelanggang itu .

" Weh , jangan laa nanti aku juga yang malu kang " Pea menarik lengan Dhiya .

Aku hanya ketawa sahaja kemudian mataku mula beralih ke arah gelanggang tersebut . Iskandar pun turut berada di situ .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now