BAB 40

112 14 2
                                        

" Yeayyy ! Tak sabar laaa weh! " sorak Dhiya .

" Bila nak gerak ha ? Aku tak sabar nak merasai perjalanan tak ku rasa .... " Pea pula bersorak riang dengan menambah lirik lagu .

Aku berada berdekatan dengan mereka terus membuat wajah yang tidak senang . Yela dari tadi dia orang berdua ni asyik terpekik saja mahu semua yang sertai kem melihat kami bertiga .

Hyper sungguh dua orang ni . Malu aku dibuatnya huhu . Aku melihat jam tangan di pergelangan kiri aku . Patutnya bas sudah sampai tapi ni bunyi enjin bas pun aku tak dengar lagi .

Aku melihat sekeliling . Ramai juga pelajar yang sertai walaupun hanya form 5 sahaja . Seratus lebih orang , mana tak ramai kan ?

" Hi , girls "

Seseorang menegur kami bertiga . Kami terkedu gerangan orang itu .

Zaif & the geng!

Ya Allah . Macam tiada orang lain nak ganggu hidup aku ni . Dan bertambah lagi teruk Dhiya dan Pea juga terlibat sama . Kasihan pula pada dia orang berdua .

" hi my baby " dia menegur aku .

Kami bertiga saling berpandangan . Baru nak gembira bahagia untuk menikmati suasana ini , datang pula mengacau .

Haih!

" Korang nak apa ha ? Tak ada kerja lain ke !? " tegur Dhiya dengan kasar . Orang macam Zaif ni mana boleh lembut , nanti naik lemak pula ergh!

Pea pula sudah merangkul lengan tanganku . Dia masih lagi takut dengan kehadiran Zaif dan kawan-kawannya . Trauma . Dulu , ya memang dia meminati Zaif tapi sekarang tidak lagi . Cukup ada Ryan sudah . Ahaks!

" Ni kerja . Kita orang cuma nak tegur kesayangan kita orang pagi ni . Bak kata , wish good morning gitchuww" sampuk salah seorang dari mereka .

Aku hanya membuat muka yang ingin muntah . Dasar sweet talker ! Ingat kita orang ingin ke nak dapat wish morning korang tu ? Ergh , memang tak laaa!

Dasar jantan tak sedar diri!

" eh , baby ? Kenapa diam je ni ? " tegur si Zaif itu padaku .

Sebab aku tak ingin pun nak jumpa dengan kau la jantan!

" Eh boyfriend kau tanya tu asal kau palau dia ha ? " soal salah seorang itu . Dia mendekati aku dan Pea manakala Dhiya di hadapan kami untuk melindungi aku dan Pea .

" tcheeee " aku berdecit perlahan dengan senyuman sinis aku .

" ini kau cakap boyfriend aku ? " jari telunjuk aku menghayun ke atas dan ke bawah diri Zaif . Seperti aku menilai fizikal badannya .

" Orang macam ni tak layak jadi boyfriend aku ataupun buah hati aku . Aku tak ingin pun orang macam ni . Walaupun perangai dia depan cikgu baik tapi bagi aku naluri hati ku aku berkata dia jahat . Manusia bertopengkan syaitan! " hamburku .

3 jejak itu tercegang dengan hamburan aku beri . Seperti mereka merasai rahsia mereka telah bocor . Macam tu ?

" Ha asal kau orang diam ? Betul kan apa yang kawan aku cakap tu ? Korang ada sembunyikan kesalahan kau orang tu pada orang lain ? " tembak Dhiya .

Wau . Seriously ?

" ohhh .... i see . Hm Rin , aku rasa kau dah boleh dapat agak dia orang tu macam mana " sambungnya sambil menghadiahkan smirk kepada mereka .

" eh ... eh ma ..... "

" Arin! "

Kami semua memandang ke arah gerangan yang memanggil nama aku . Khairil ?

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang