BAB 52

77 11 2
                                    

" thank you " ucapku kepada cashier tersebut . Dia hanya membalas senyuman sahaja .

Aku memegang plastic bag jenama Watson . Beli barang perempuan sekejap , skincare ler . Barang makeup yang baru aku nak pakai pun aku beli . Aku ada la tertengok video makeup natural macam tu so dah keluar ni beli la sekali .

Tetiba telefon aku berbunyi tanda orang call . Siapa pula ni , alahai aku tengah kejar masa kot sekarang .

Mr. Annoying 👻 is calling ....

Alahai . Kejap la mamat ni pun . Aku nak pergi la ni . Aduh sabar boleh buat tak .

Actually , aku tinggal dia sekejap di kedai Mr. Dakgalbi . Aku berkata tunggu sekejap sebab aku nak beli barang perempuan aku , alang-alang tu aku beli plaster pada Iskandar .

Yelah , tadi mengadu lengan tempat aku cakar tu sakit . Lahh ngadeeee! Macam budak-budak pun ada , haih . Tabah jela . Tak habis-habis nak salahkan aku grrr .

Aku tidak menjawab panggilan Iskandar, lalu aku meneruskan perjalanan untuk pergi ke tingkat atas . Mesti mamat annoying tu membebel ,

" Lambat lah "

" Aku mati kelaparan baru kau nak sampai "

Dan lain-lain lagi ayat sindiran dia tu . Nak buat macam mana dah perangai annoying dia sampai level tu . High level!

Sedang aku berjalan , tiba-tiba aku terlanggar seseorang . Aduh , siapa yang tak tengok jalan ni alahai .

"Hey you! Buta ke apa ???! " Jerkahnya .

Wah . Hebatnya kamu jerit tengah mall ni . Hergh! Nak drama ke

" Ehemm , excuse me ? Awak tu buta tak nampak orang jalan , asyik tengok phone tu macam nak tembus! " Balasku .

Masalahnya itu salah dia , bukan aku . Terang-terang salah laa perempuan! Takboleh , aku kena pertahankan diri aku juga!

" Eh mulut ka...kau tu jangan nak choi sangat! Ka...kau yang salah . Kau tu yang buta tak nampak aku jalan! "

Kejap? Dia ni memang nak aku ulang balik ke ayat tadi ? Ke dia pekak? Ewah-ewah , sedap mulut dia cakap dekat aku . Aku ni rabun , bukan buta lagi setan!!!

Aku mengeluh perlahan . Orang macam ni tak boleh nak cakap baik-baik . Ni pantang orang bangkang mesti bangkang balik . Orang ramai yang lalu-lalang hanya memandang pertengkaran kami di situ . Nasib tepi , kalau tengah? Mahu jadi BABAK DRAMA ?

" Cik nak saya ulang ayat ke ? Terang bersuluh cik yang salah . Tengok tu , telefon cik pun still ada dekat tangan cik dan masih on lagi tu . Sebab saya rasa saya fokus jalan je tadi , tak tengok telefon atau tengok tempat lain . So , dalam kes ini cik yang bersalah " balasku lagi .

Aku memeluk tubuh sambil memandang penampilannya . Nauzubillah , dia nak tayang body ni dekat siapa ? Tengok macam orang kaya , tapi kesian .... tak dapat beli kain baju bertutup . Kesian-kesian . Skirt dia , ya Rabbi ........

"KAU NAK TUNJUK DEKAT SIAPA NI SETANN????"

Haih . Sampai tunjuk ke pangkal paha tu melebih dah . Nak pergi mall ke , disco ni ?

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now