BAB 48

97 11 2
                                    

" Kamu berdua ok ? Ada luka mana-mana tak ? "

Cikgu Zarul terus meluru ke arah kami berdua dengan cemas . Aku boleh nampak reaction muka dia . Nampak tengah risau .

" Kami berdua ok je cikgu cuma Farha demam " jawab Iskandar . Pada masa yang sama , dia berasa bersyukur kerana ada juga menjumpai kami berdua di dalam hutan ini .

" Arin demam ? Sejak bila ? Patut cikgu nampak muka Arin pucat semacam jaa " cikgu Zarul memandang aku . Risau benar aku melihat nyaa .

" Malam semalam " Iskandar menjawab bagi pihak aku . Aku nak jawab tapi Iskandar dah jawab . Nasib dia memahami , aku memang tak ada mood nak jawab soalan yang keluar dari mulut cikgu .

Kita tak tahulahhh!

" Kalau macam tu jom kita balik camp , boleh rawat demam Arin sekali " katanya . Dua orang yang menyertai cikgu Zarul mencari kami hanya mengangguk kepala sahaja .

Baru sahaja aku ingin bangun dari duduk , aku sudah berasa pening lalu pandangan juga rasa seperti kabur-kabur begitu . Ya Allah , sakit tadi belum hilang . Apabila aku baru ingin berjalan satu tapak sahaja terasa ingin jatuh .

Tiba-tiba ada satu tangan memaut lenganku .

" Farha , kau ok tak ? Kau larat tak jalan ni ? " Soalnya melihat aku masih lemah seperti pagi tadi .

Kali ini aku mengalah , aku mengangguk kepala tanda tidak larat . Sumpah , makan ubat macam tak ada function! Geram aku! Aku duduk semula di batu besar tersebut .

" Kenapa Iskandar , Arin ? " Soal cikgu Zarul yang melihat kami berdua tidak bergerak mengikut langkah mereka .

" Dia tak larat nak jalan cikgu , demam dia pun belum kebah lagi "

Cikgu Zarul terus menghampiri kami berdua .

" Macam mana ? Nak cikgu tolong angkat kamu ke , Arin ? "

Err ......

" Tak apa la cikgu , biar saya angkat dia . Tadi pun saya yang angkat dia datang ke sungai ni "

" Kamu ok ke Iskandar , cikgu takut kamu ...... "

" Saya ok jaa cikgu , Farha pun percayakan saya . Kan , Farha ? "

Aku mengangguk kepala perlahan . Nak balik! Sakit amat ini!!!!

" Tak apa la kalau macam tu ni cepat kamu dukung dia , takut nanti demam dia lagi teruk . Beg kamu dengan Arin biar cikgu dengan abang-abang ni pegang " arah cikgu Zarul .

Setelah beg kami berdua diberi kepada cikgu , Iskandar terus menghampiri diri aku .

" Kau percayakan aku lagi , kan ? " bisiknya di tepi telinga kiri aku . Aku memandang mukanya . Aku dapat lihat mukanya risau dengan keadaan aku sekarang .

Aku mengangguk kepala perlahan lalu aku menangis . Sumpah weh , kalau aku demam ke sakit memang aku nangis + emosi tak stabil .

" Hey , jangan la nangis . Aku tak buat apa pun just nak tolong kau . Don't worry , okay ? " katanya dengan nada yang lembut seperti memujuk budak kecil . Aku mengangguk lagi sekali lalu menyapu air mataku dengan kasar .

Jangan nangis , Arin!

" Come " aku terus memanjat belakang badan Iskandar . Buat kali kedua , aku naik belakang nya . Malu woi!

Tidak tunggu lama , semua berada di situ teruskan perjalanan balik camp . Tidak mahu berlama di dalam hutan ini .

Semasa dalam perjalanan pulang , aku merehatkan kepalaku di bahu kanan Iskandar . Tidur-tidur ayam .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now