Aku menjenguk di ruang tamu ketika ada berada di tiga anak tangga terakhir . Aku nampak ada seseorang yang sedang baring di atas sofa sambil televisyen terpasang . Tapi orangnya ? Sedang lena dengan tangan di atas dahi untuk menutup mata .
Apa kes ni ?
Aku terus menuju ke arah itu kerana ingin tahu siapakah gerangannya .
Laaa , Faiq rupanya .
Aku ingat abah tadi yela Airan dah berambus balik asrama dia . Siapa lagi lelaki dalam rumah ni ? Aiyo !
Tapi kan baru jam pukul 3 tapi Faiq sudah sampai ke rumah . Awal sungguh dia balik . Sakit ke apa ?
" Faiq "
" hmm " gumamnya .
Haish! Aku ingat dia tidur mati rupanya tidak . Sebab apa ? Sebab kami semua 4 adik beradik ini spesies tidur mati . Dah nama pun adik beradik , memang turun la perangai sekor-sekor tu . HAHAHAHA !
Ikut perangai siapa la ni ? Abah ke mak ?
" Kau tak masuk kerja ke apa hari ini ? Awal kau balik "
Pelik kan dia balik awal ? Kalau nak jumpa muka Faiq pada hari kerja ada semasa sebelum maghrib ataupun paling lambat hampir jam 12 tengah malam baru pulang . Biasala , kerja arkitek mana faham , kan ?
" Aku ambil emergency leave . Entah aku rasa pening kepala sangat dekat office itu yang aku balik . Sakit sangat dah ni "
Ooooo , ehh ---
Terus aku berlari anak ke ruang dapur . Aku mengambil satu besen kecil dan satu kain kecil yang sudah dilipat di tempat yang tersedia . Aku risau keadaan Faiq itu walaupun dia dan aku sering bergaduh . Dia kalau dah pening kepala boleh la demam dia nak datang .
Baik kan aku ? Jarang oooo nak jumpa adik macam ni . Ahaks !
Aku terus kembali kepadanya lalu aku memerah kain kecil itu . Kita kena cepat bertindak ye guys! Kemudian , aku letak di permukaan dahinya . Sambil itu tangan aku dicelup kan di besen lalu di sapu di rambutnya .
" hmm "
See ? Dah boleh nampak tanda-tanda dia nak demam . Kalau aku dan dia sakit mesti teruk berbanding kak Long dan Airan . Mungkin antibodi kita orang lemah jika sakit datang menyerang .
Hampir 15 minit juga aku membuat perkara itu pada Faiq . Faiq pula tidak marah ataupun dalih dengan tindakkan aku . Sakit sangat la tu sampai tak terkata apa .
Ting ! Ting !
Telefonku yang berada di dalam poket seluar berbunyi . Alahai , siapa pula mesej aku dalam keadaan macam ni ?
Aku terus memandang Faiq yang sedang lena itu . Kesian pula aku lihat dia . Muka dia pun sudah bertukar menjadi merah . Panas sangat la tuu .
" Kau mandi la dulu bagi hilang panas . nanti aku bawa benda ni semua masuk dalam bilik kau " arahku . Dia yang mendengan terus membuka mata perlahan-lahan . Dia dengan perlahan-lahan mengubah posisinya sekarang . Dia duduk sebentar sambil kepalanya disandar di kepala sofa .
" Kau nak aku papah kau ? " aku lihat diri dia tidak larat dan lemah tapi dia menggelengkan kepala tanda tidak mahu . Dia meletakkan kain kecil itu dia dalam besen semula .
" Kau pergi mandi dulu . Lepastu , rehat . Ni aku nak masak sup dekat kau " mendengar kataku terus dia mengangguk kepala .
Faiq mula berdiri sambil memicit kepalanya . Dia mula berjalan dengan perlahan-lahan . Aku pula masih setia melihatnya sampai masuk ke bilik . Risau juga dia jatuh tangga ke apa . Habis aku kena jawab dengan mak . Anak kesayangan kan , gitchuwww !
ANDA SEDANG MEMBACA
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Novela JuvenilSyed Iskandar Zulkarnain & Farha Arina ..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha rasa rimas kera...
![Hi , Mr Annoying ! [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/228393936-64-k798376.jpg)