BAB 4

192 27 3
                                    

Aku dan sekeluarga tengok drama TV ala biasala setiap rumah mesti akan satu keluarga akan tengok satu drama pada waktu malam atau petang .

Malam ini tinggal aku , Angah , mak dan Abah sahaja di rumah .

Farid Airan ?

Dia masuk sekolah agama jadi dia kena masuk asrama laa . Dia memang suka bab agama ni tambah lagi berzikir fuh habis satu rumah bangun dari tidur . Dia punya berzikir tu dengan alunan yang betul tau . Biasala tengok kakak dia , huwa hahahaaha .

" Rin , macam mana sekolah baru ? Ok tak ? Dapat kawan baru tak ? " soal abah . Aku memandang muka abah . Takkan aku nak bagitahu first day je aku dah benci seseorang atau mungkin lebih .

Tak payah ?

" err ok jaa bah . Biasala baru lagi kan duduk sekolah tu . Kawan pun baru sorang je Arin kawan nama dia Pea " jawabku .

" Tak ada orang ngorat kau ke kacau kau ke ? " sampuk Angah . Aku menjeling ke arahnya . Tak sah tak cari gaduh dengan aku !

" Ngorat aku ? Dalam mimpi la . Dia orang datang dekat pun aku dah marah macam singa dah , ada ke orang nak dekat macam aku ni ? " dalihku .

Padahal semua tak tahu lagi aku ni bekas pelajar yang bermasalah di Gombak .

" Tch , sedar pun diri kau tu . Ubah la perangai kau yang kasar tu jadi lembut , sopan sikit ni tak asyik marah lepastu cepat melenting mana nya orang tak takut dekat kau " sindir Angah .

Aku menjeling ke arahnya . Nak mula ke peperangan ? Jom !

" Ish sudah sudah latu . Kamu berdua ni pantang buka mulut mula dah gaduh . Aih , apa nak jadi la dengan anak anak aku ni " sampuk mak .

" Angah ni mak suka kacau Arin . erh , patutlah tak ada orang nak dekat Angah sebab mulut kau tu mulut laser lepastu kasar dengan perempuan pula hm memang tak laku la kau ! " kutuk aku kepadanya .

Angah terus membaling bantal ke arahku . Fuh nasib sempat tangkap , terima kasih netball !

" Kau cakap macam aku ni teruk sangat . Eh macam mana kau tahu aku ni layan kasar dengan perempuan woi ? " Angah sudah bengang dengan aku . Hohoho , Arin kejap lagi gunung berapi Angah akan meletop !

" Kau layan aku pun kasar erh memang patut pun tak siapa nak dekat kau " jawabku dengan selamba .

" Kau ! " Angah mulai bangun dari duduk nya lalu datang ke arah ku dengan tangan dia yang nak acah tumbuk aku .

" Angah , sudah latu . Tak baik buat Arin macam tu . Memang betul apa Arin cakap kamu tu berlembut la sikit dengan dia ni tak asyik berkasar je dengan dia , berbaik la sikit . Asyik-asyik gaduh je kamu dua " kata abah . Aku tersenyum kemenangan .

Hehe abah back up aku !

" Ha kamu Arin tak payah dok seronok sangat . Kamu pun satu , jangan nak marah , tengking dekat Angah kamu tu . Dia tu abang kamu tu adik , hormat la dia " tegur mak .

Aku menunduk kan muka aku . Angah juga begitu . When , bila dah kena bancuh dengan mak dan abah memang sentap habis !

" Ha sedar pun kesalahan masing-masing " sindir mak .

Mak punya sindiran boleh meresap ke dalam diri kami semua . Tapi apa yang mak cakap tu ada betulnya sampai bila aku dan Angah asyik begini hmmmmmm .

" Ha mak ! " jeritku .

" Ha apa kamu ni Arin terjerit malam buta ni macam nak cari gaduh dengan mak jaa " kata mak . Aku tersengih .

" Esok mak masak nasi goreng kampung sebab esok nak bawa bekal pergi sekolah . Plus , pedas sikit tau " pintaku .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now