" Dia ada buat apa-apa tak dekat kau ? " soalnya dengan nada yang serius . Aku pulak yang seram!
Aku mengemam bibirku sambil itu jari jemariku dimainkan oleh aku sendiri entah kenapa rasa macam diri aku ni takut semacam . Macam pesalah yang membuat sesuatu benda yang salah besar sangat .
" Err --- tak .. dia tak sempat buat apa dekat aku sebab masa tu .. Haydar datang tegur kita orang semua dekat situ " jawabku walaupun terasa gugup . Aku terus memandang ke bawah iaitu lantai . Ya , lantai la tatapan aku buat masa sekarang ini .
Telingaku dapat dengar keluhan lega (?) dari Iskandar .
" Alhamdulillah " ucapnya dengan perlahan tapi aku dapat dengar .
" Yang kau pun satu kenapa tak jerit masa tu ? Ha lagi satu tak boleh ke kau text aku kata dah sampai dekat court ? Aku boleh ja ambil kau luar sana tu . Eish .. Kau ni Farha suka sangat buat aku risau . Haritu hampir kena langgar dengan kereta , ni Zaif pula kacau kau .. " bebelnya .
Aku hanya sekadar menunduk kepala saja . Malas nak bertekak dengan Iskandar . Ada betul kata-kata dia tadi yang aku pun bengong kenapa la tak wassap ja yang aku dah sampai depan court ni tak ada la mata-mata laki gatal asyik tengok kami bertiga dan tak ada la sekumpulan setan tadi kacau kita orang erghh .
" Dah jom teman aku makan " dia terus menarik hujung baju jersiku . Ee suka suki dia saja tarik orang , dia ingat dia siapa ? Lepastu suka heret orang sana sini eee siapa jaa tak geram?!
Iskandar membawa aku ke suatu tempat duduk yang berada di luar court . Tempatnya cantik dan bersih . Kami berdua duduk di kerusi yang disediakan di situ .
4 orang lagi ?
Haydar dan Dhiya dah pergi makan di mana entah si Haydar tu bawa . Aih , anak dara orang sesuka hati bawa ha !
Ryan dan Pea pula sedang makan di dalam court . Kerusi rehat untuk pemain tapi mereka berdua sahaja duduk di kerusi itu . Ahli lain dihalau oleh Ryan supaya makan di tempat lain jangan kacau date nya bersama Pea . Setelah dipujuk oleh Ryan tadi , keadaannya sudah ok tiada lagi berasa takut seperti tadi .
Aku lihat Iskandar membuka bekas yang mengandungi kek dibuat oleh aku tiba-tiba aku baru teringat sesuatu .
" Ehh japp "
Iskandar mengerut dahinya . Apa pula?
Aku mengeluarkan satu bekas dari tote bag aku . Istimewa untuk Iskandar saja HAHAHA ! Aku menolak bekas itu ke arahnya .
" Nasi ? Untuk siapa ?"
Aku membuat muka toya . Kenapa bengap sangat Iskandar ni ? Lepas main basketball terus jadi bengap macam ni . Takkan nak bagi dekat burung , pokok atau tanah makan pula .
" Saja. Nak letak baja dekat tanah ni bagi subur " sindirku . Dah tahu tanya lagi ee !
kemudian dia tertawa . " Aku melawak ja eish kau ni sejak bila sensitif ni ? Sejak-sejak aku tengking kau terus perangai kau berubah . Eh mana perangai garang kau ha ? Takkan dah hilang lepas aku tengking kau haritu ? " dia hanya tersenyum sinis .
Kemudian aku baru teringat sesuatu ! Adui macam mana aku boleh lupa aku sekarang masih mood merajuk dengannya . Aiyyy , malu aqueee !!!
Mukaku sudah mula membahang . Malu punya pasal , lupa pun punya satu pasal macam mana boleh lupa MISI UTAMA TUU ?!!
Aku terus membawa keluar stickey notes dan dua batang pen cair berwarna biru dan hitam di dalam tote bag yang aku bawa tadi .
MISI UTAMA DIMULAKAN !
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Novela Juvenil..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...