" Kau ni memang tak puas hati dengan aku dari dulu kan " kata Iskandar dengan sinis kemudian Engku Hariz tersenyum senget , tch .
Senyim sinis + seget ??
Aku perhati dua makhluk ni . Aih tak habis lagi ke nak gaduh bila berjumpa , aiyoo .
" Kau tu suka sangat buat masalah dengan orang macam mana aku tak kacau kau " Engku Hariz mula bersuara .
" Aku tak kacau dia pun , aku datang sini pun makan , bro . Bukan macam kau selalu cari masalah dengan aku mentang mentang la kau ni anak murid kesayangan cikgu botak tengah tu " kata Iskandar .
Ok aku tahu siapa , cikgu Omar . Kurang ajar betul Iskandar ni panggil cikgu botak tengah , what the hell ?!!
Engku Hariz menghampiri Iskandar . " Kau tu selalu sangat menyusahkan hidup orang kau tahu tak ? Hampir satu sekolah ni tahu kau tu budak suka buat masalah , suka gaduh dengan orang lain . You know what , one day aku akan bagi kau buang sekolah ini juga " Engku Hariz memberi amaran pada Iskandar .
Muka Iskandar tiada reaksi takut atau apa apa reaksi cuma dia hanya buat muka selamba dia .
Kenapa Engku Hariz benci sangat dengan Iskandar ? Sebab Iskandar ni budak setan and suka buat masalah macam tu sekali ? Takkan sebab itu ja kot ?
" Kau perempuan . Dia kacau ke ? " sergah Khairil padaku . Aku terus memandang nya dengan pandangan tajam . Wah wah dia ni memang tak ada adab !
" eh pengawas tak guna , kau ni memang tak ada adab eh nak panggil orang ? ke kau memang dilahirkan tanpa belajar adab ha ? tch , dasar pengawas tak guna ! " aku mula bengang .
Tunggu kau !
" ha memang pun dia kacau aku makan . Orang nak makan pun susah tahu tak . Hey Iskandar , aku datang sekolah ni nak belajar bukan jadi kuli ke maid kau yang asyik dengar arahan kau jaa . Aih , susah sungguh orang yang tak faham bahasa ni " sambungku .
Pea menepuk lengan aku supaya berhenti dari bercakap .
" Amboi , mulut kau . Laser juga , kan ? " tegur Engku Hariz .
" Ha aa , memang pun " jawabku dengan selamba .
" Dah aa buat semak la kau orang semua dekat sini . Tengok aku dah tak ada mood nak makan sebab kau la , Iskandar ! Dah Pea , jom . Kang lambat , pengawas tak guna tu tulis kita sebab masuk kelas lambat pula " kataku lalu menarik Pea dari situ .
Tak lupa juga aku membawa bekal makanan yang Iskandar makan tadi . Pea mengikut aku .
" Weh , jom pergi tempat wudhuk . Aku nak basuh sudu bekas Iskandar makan tadi , jijik laa " kataku pada Pea .
Kami berdua terus menuju ke tempat wudhuk pelajar perempuan . Aku membasuh sudu itu . Aih kalau sudu plastik dah lama aku buang tapi ini sudu besi mana boleh kang mak boleh beletiaq dekat aku nanti balik sekolah . Mak bukan boleh kalau barang dapur dia berkurangan boleh jadi singa betina tau !
" Weh aku rasa tadi dah melebih la . Ye la kau pergi cakap macam tu dekat Iskandar . Aku takut nanti Iskandar buat apa apa dekat kau ha " tegur Pea .
Aku menutup pili air itu . Aku memandang Pea . " Biar la . Aku tengah bengang lagi dengan Iskandar tu . Boleh kacau aku makan , eee mana boleh . Mak aku penat penat tau masak dekat aku , aiyy lepastu senang hati dia jaa makan nasi mak aku goreng " kataku .
" Yela tapi percakapan kau tu melebih tahu tak . Aku boleh rasa Iskandar tengah plan sesuatu dekat kau "
" Biar la dia buat apa . Aku malas nak buat dosa lagi dekat sekolah ni tau . Biar la nanti Allah balas balik apa yang dia buat dekat aku " jawabku .
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Novela Juvenil..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...