BAB 25

136 25 0
                                        

" So , kau terima ? " Pea menyoal aku sambil itu mulutnya dipenuhi dengan kentang goreng . Ergh , tak senonoh betul ini perempuan !

" Terpaksa wei tapi kenapa Iskandar ? Aku masih terfikir kenapa Puan Pengetua suruh aku berganding dengan dia sedangkan ramai lagi kot pengawas sekolah tingkatan 5 yang layak untuk jadi jawatan besar tu . Besar wei tanggungjawab dia ! " luahku sambil itu tangan aku bermain straw cawan minuman yang dipenuhi iced chocolate made by MadeCafe .

" hmm .. mungkin ada sebab Puan Eliza buat macam tu dekat kau orang dua tapi percaya la kata aku Puan Eliza pilih mesti ada sebab wei . Mungkin dia tak nak benda yang lepas tu berlaku macam kes Engku Hariz . Ha padan muka dia kena buang sekolah memang patut pun ! " katanya .

Kemudian ingatan aku beralih kepada kejadian pagi tadi . Kenapa aku tak tahu kejadian ini sedangkan aku masih di sekolah atau kejadian ini berlaku semasa aku tidak hadir ke sekolah ?

Boleh kata juga .

Flashback

" Kami berdua ? " aku tidak percaya apa yang disampaikan oleh Puan Eliza . Aku jadi penolong manakala Iskandar jadi ketua ..

What the ...

Puan Eliza hanya tersenyum lalu mengangguk kepala .

" Saya harap kamu berdua tidak mengecewakan saya lagi . Saya tidak mahu benda ini berulang lagi sekali cukup la hanya sekali " katanya .

Aku mengerut dahi . Tidak mahu benda berulang lagi ? Benda apa ?

" Setan tu dah kena buang ke ? " soal Iskandar setelah berdiam diri dari tadi .

Adui , setan mana pula ?

" Sudah , Iskandar . Kamu tak payah nak risau lagi tentang hal dia . Lagipun Khairil sudah menceritakan semua benda termasuk bukti yang Arina dapat " jawab beliau .

Japp -- jap aku tak faham apa yang dia orang berdua ni bualkan . Boleh tak bagi aku faham ? Ni tak dah libat Khairil sekali lepastu ---

Wait . Khairil ? Partner dia of course si Engku Hariz , kan ? Jangan cakap ---

" Saya sudah buang Engku Hariz dari sekolah ini dan mungkin dia akan berurusan bersama pihak polis . Terima kasih Arina disebabkan kamu kes dadah di sekolah ini sudah selesai . Terima kasih sangat-sangat " ucap Puan Eliza .

Engku Hariz kena buang sekolah ? Biar betul ? Err -- macam heroin menyelamatkan rakyat sekolah HAHAHAHAHA .

Aku hanya tersenyum kekok . Tak sangka pula disebabkan benda ini sahaja aku sudah menyelamatkan pihak sekolah hehe macam penyelamat dunia lah pulakk .

" Tak payah senyum macam tu nampak buruk pula aku tengok . Senyum tu biar ikhlas sikit , Cik Farha Arina " katanya . Aku menjeling sekilas ke arahnya .

Amboi . Kutuk , mengata orang nombor satu . Ha boleh la satu kepala dengan Faiq dan Farid .

Kalau aku kahwin dengan Iskandar ehh -- kau ni Arin , dah kelaut sampai fikir pasal kahwin dengan budak paling nakal di sekolah eh tapi kan -- tak lama lagi dia akan jadi Ketua Pengawas so kena jadi budak yang berdisiplin , eh ?

Puan Eliza hanya tersenyum kepada kami berdua . Jangan cakap kami ni pasangan yang secocok , ergh !

" Saya tengok kamu berdua ni sepadan ermm ada apa-apa ke ? " soal beliau .

Erkk -- macam tahu-tahu je benda di fikiran aku ni . Ahli nujum betul Puan Eliza ni ..

" Tengah on the way , cikgu . Tunggu dan lihat adegan sweet kita orang nanti " sampuk Iskandar .

Mataku sudah membulat . Tercegang dengan percakapan Iskandar pada Puan Eliza . Hey ! Dia sedar tak dia tengah bercakap dengan siapa ? Ingat kawan dia haa ?!!!

Puan Eliza hanya tersenyum . Aku pula usah cakap , malu . Muka aku macam disimbah cat merah , memang merah padam gilaaa !

Ngek la Iskandar nii !!!!!!!!!!!

End Flashback

" Wei "

Lamunan aku terus terhenti . Adui , kuat berkhayal betul aku ni . Kenapa la aku kuat berkhayal tentang Iskandar ? Setiap kali berkhayal mesti pasal Iskandar erghh ..

Tapi -- takkan aku sudah jatuh cinta padanya ?

Betul ke ?

" Kau ok tak ? Dari tadi aku panggil tak menyahut asyik termenung saja . Kau ingatkan siapa ? iskandar ? " Pea menyoal aku bertalu-talu .

Biasala , makcik bawang hahahaha !

" eish kau ni , tak ada benda lain ke kau nak tembak dekat aku asyik sebut nama Iskandar saja ergh " rungut aku .

" Eleh malu-malu kucing pula . Eh tapi kan aku tengok dari mata aku laa .. kau orang berdua ni sepadan macam pepatah kata , bagai pinang dibelah dua acehhh ... kalau kau orang kahwin mesti anak-anak kau orang comel , kan ? " usiknya .

Mataku sudah memutar naik keatas . Keluar dah perangai sengal dia tu . Aku sekadar menggelengkan kepala . Malas nak layan perangai sengal dia yang baru muncul tu .

Kami berdua menunggu 3 orang ahli kumpulan lagi tapi tak muncul-muncul lagi . Katanya datang lambat sedikit . Dhiya pula kena hantar adiknya ke pusat tuisyen itu yang lambat .

Kemudian kepala dan mataku beralih ke arah meja dan kerusi di ruang sebelah yang aku duduk ini . Tidak ramai mungkin hari bekerja hari ini .

Tiba-tiba mataku tertacap kepada dua orang yang tidak jauh dari meja aku dan Pea duduki . Kemudian aku terus mengambil cermin mataku dari tote bag milikku .

Lupa pula nak cakap aku ni memang ada masalah mata sikit . Silau . Memang naik sekolah menengah mataku ada masalah dan disebabkan itu aku membuat cermin mata tapi kadang-kadang saja aku memakainya di dalam kelas atau melihat benda teknologi seperti telefon , laptop atau sebagainya .

Benda yang aku mahu lihat itu dihindari dengan cahaya ditembusi oleh dinding kaca dari luar restoran Mcd .

Selesai memakai cermin mataku terus aku melihat benda tersebut .

Iskandar ?

Kemudian mataku beralih ke arah orang disebelahnya .

Seorang perempuan .

Perempuan tersebut yang ingin melentokkan kepalanya di bahu Iskandar . Dia seakan-seakan ingin memanjakan dirinya bersama Iskandar .

Adik dia ?

Tapi setahu aku , Iskandar anak sulung dan mempunyai 2 orang adik lelaki kembar , tiada adik perempuan .

Girlfriend dia ?

Iskandar dah cari yang baru ke ?

Dia dah tak nak dekat aku ke ?

Dia dah tak ada hati dengan aku ke ?

Dia dah give up dengan aku ke ?

Tak mungkin ...












****
hi , this chapter sikit jeww sebab esok dah mula busy wkwkwk dengan keja sejarah astu ngan nota sejarah huwaaaa manyak kejaaaa aqueeee :((

so , next chapter tunggu yaa kalau paling lambat hari minggu sob sob sob ... sorry guys :(














When , Farha Arina pakai cermin mata uhuhuhu !!!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

When , Farha Arina pakai cermin mata uhuhuhu !!!

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang