BAB 14

140 32 0
                                    

" He's annoying he's out of his mind but he's everything I want "

****

" Memang padan la kau dengan dia . Secocok , sama padan . Bak kata orang bagai pinang dibelah dua " usikku pada Pea yang sedang memerhatiku dengan tajam .

Hahaha lawak perli kawan sendiri !

" Ee kau ni bukan nak back up aku ke risaukan aku ke ? Ni tak , usik aku adala . Menyesal pula aku story dekat kau . Yang aku pelik , macam mana dia boleh dapat number aku sedangkan aku tak pernah sesekali pun bagi pada dia . Kau bagi eh ? "

" Eh tak laa . Aku tak pernah bagi pun number kau dekat dia . Buang masa aku jew . Wei , lelaki kalau dah minat dekat kita sampai lubang cacing pun dia akan dapat juga pasal diri kita . Trust me " kataku .

" Adeh pening aku fikir pasal ini . Nasib baik dalam phone kalau tidak mahu kena pelempang yang made in Pea tauuu " aku tertawa . Macam macam lah Pea ni . Dah minat tu jalankan jela .

Ryan pun satu , suka sakat si Pea . Boleh ke dia call Pea banyak kali malam malam buta sebab nak cari pasal dengan minah tu ? Mahu kena sound dengan CikPea ni . Sudah mengacau masa orang tengah tidur dengan aman . Kalau aku pun marah juga .

" Aih , nasib baik esok cuti boleh juga aku rehatkan fikiran aku yang tengah bengang si perangai Ryan tu . Nasib tak terserempak dia kalau tidak mahu kena lunyai dia dengan aku " bebel Pea . Aku yang tersengih . Macam macam .

Kemudian ingatan aku baru teringat tentang aku dan Iskandar pergi ke pasar raya tempoh hari . Nasib abah tak ada dekat rumah . abah pergi masjid katanya ada apa entah dekat masjid dan hanya tinggal mak di dapur yang sedang menyiapkan makan malam . Mak tak tahu aku balik dengan siapa .

Tapi balik balik itu juga kena bebel . Ye la anak dara baru balik senja senja begini mahu tak kena beletiaq woi . Nasib baik mak dan abah tak buka cerita ketika Faiq pulang ke rumah kalau tidak mahu kena sakat ataupun paling teruk gaduh .

Sedang aku mengelamun sendirian , Pea menampar lenganku . Apahal pula minah nii ??

" Semalam , abang Zaif ada wassap dengan aku . Dia soal aku yang kau betul ke bercinta dengan Iskandar then aku jawab la betul kau orang dua bercinta but aku tak bagitahu punca kau orang couple ni " ceritanya .

Aku mengeluh perlahan . Zaif ni tak serik serik lagi ke ? Dah kena tazkirah free dari Iskandar pun masih lagi tidak berubah . Tiada perubahan langsung !

" Lepastu dia minta number kau . Aku tak bagi sebab aku takut kau marah . Yela kau kan tak boleh orang jual number kau . Dia merayu dekat aku tapi aku biarkan jela . Makin lama aku perhati abang Zaif tu lain macam . Aku --- entah aku -- aku rasa macam dia macam rancangkan sesuatu nak dekat kau . Aku dah kenal dia lama jadi aku tahu perubahan diri dia macam mana . Lain . Aku nasihat dekat kau jauhkan diri kau dari dia . Kalau dia ada buat sesuatu dekat kau , kau report pada Iskandar . Tahu la Iskandar nak settle dengan dia macam mana " katanya lagi .

Otak ku mula berfikir . Ya . Aku pun berasa begitu juga . Sudah banyak hari dia tidak menganggu aku di sekolah selepas dia mengetahui tentang hubungan aku dan Iskandar . Aku merasakan Zaif macam rancangkan sesuatu .

Nak beritahu hal ini pada Iskandar ?

Aku dan dia hanya sebulan sahaja bukan selamanya . Tapi kalau dia mahu --- entah la hatiku masih ragu ragu lagi . Aku tak nak memberi hatiku pada orang lain sesuka hati saja . Tak nak .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Where stories live. Discover now