BAB 54

70 8 4
                                        

"Eh salah laa "

" Betul la gila! Aku ajar tuu "

" Kenapa aku tengok cara kau tunjuk ni macam salah ? Haaaa! "

" Eh betul laaa , jangan sampai aku pi jumpa cikgu pula "

Aku di tengah-tengah hanya memandang dua orang manusia yang bertengkar . Suruh tunjuk ajar , tiberr si Pea ni tak puas hati pula . Umar pula hanya mencekak pinggang lalu menghela nafas dengan kasar . Stress gamaknya ajar si Zaris Sofea ni .

Dhiya entah ke mana dia melencong . Katanya pergi tandas tapi ni dah lama kot . Aku pula memandang pemandangan di luar . Hujan seharian . Sejuk . Dingin .

Perasaan aku mula berasa gerbang-gersul sejak pagi tadi . Pagi tadi pun Faiq tanya banyak kali kepadaku , nak pergi sekolah ke tidak .

Banyak ye , bukan sekali dua tapi lebih 3 kali . Nak kata hujan , selalu time hujan dia hantar je aku pergi sekolah . Muka dia tadi nampak macam risau .

Aku mengeluh perlahan . Hatiku mula tidak berasa sedap hati . Ya Allah , Kau lindungilah aku . Sumpah , tak tahu nak explain macam mana tapi aku memang betul betul rasa tak sedap hati . Seperti ada perkara buruk akan terjadi pada diriku .

Aku mula tersedar apabila ada satu tangan menepuk bahuku . Dhiya .

" Kau dah kenapa?sejak datang tadi kau diam jee , macam ada yang tak kena . Cerita laa " katanya . Aku membetul kedudukan aku menjadi tegak .

Aku mengeluh .

" Entah la weh .... ak-- aku rasa macam tak sedap hati . Macam ada benda buruk akan jadi dekat aku" aku mengeluh lagi . Tak tahan .

Dhiya mengerut dahinya . " Perasan kau kot .... mungkin kau banyak fikir sampai terfikir macam ni . Doa baik-baik , ok ? " Cuba menenangkan aku .

Aku tersenyum kelat . Masih lagi terasa even Dhiya berkata sebegitu .

" Ha lupa nak bagitahu kau , Iskandar nak jumpa kau . Sekarang " aku pula mengerut dahi . Apahal nak jumpa aku?

" Tadi aku nak balik kelas terserempak Haydar dan Iskandar " belum sempat aku nak tanya , dia dah jawab . Bagus ini anak!

" Dia nak jumpa aku dekat mana ? " Aih , apa lagi dia ni nak .

" Bilik pengawas kot . Pergi la sementara cikgu tak masuk lagi ni . Nanti aku cakap la kau ada hal dengan pengawas " katanya .

Amboi sejak bila satu kepala dengan diorang ni?

"Hm yelaa . Ha kau sambung dengar diorang berbahas . Tak larat aku nak dengar dah " mataku memandang Pea dan Umar masih lagi berbahas . Biasala Pea , mulut dia mana boleh duduk diam . Nak bercakap jee . Tak penat ke cik kak?

Kakiku melangkah keluar dari kelas . Apa lagi Mr. Annoying ni nak jumpa aku ni ? Sudah aku tidak berasa sedap hati hari ni . Haih . Berat kakiku nak berjalan . Tiada mood nak gaduh , nak cakap pun sama .

Dalam perjalanan aku mahu ke bilik pengawas , aku berselisih bersama Yuha and the geng . Allahu . Malas nyah aku .

" oppsss! Korang ada rasa panas tak ? Aku tetiba rasa panas " tak lain tak bukan , Yuha . Suara nyaring macam tok nenek moyang sudah .

" Ha aa laa . Aku pun rasa panas juga . Ish , entah entah oranggg tu buat dosa kot dengan KP kita " kawan nya pula menyokong pernyataan . Kawan backup kawan . Haha .

Aku menghela nafas kasar . Ada juga makan penumbuk aku ni . Dah aku tak ada mood , kau pula cari pasal dengan aku pula!

Sabar Arin , sabar . Tak pasal nama kau ada dalam masalah disiplin . Kau dah la pengawas , kena tunjuk contoh . Sabar .

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang