" Kau ok ? "
Entah kali ke berapa Iskandar menyoal soalan itu kepadaku . Sudah lebih 20 kali rasanya . Risau betul dia terhadap aku . Huhu , terharu jap hahaha .
" Aku ok " jawabku . Aku melentokkan kepalaku di bahu kirinya . Kuat juga dia angkat aku . Yela , aku rasa sudah melebihi satu jam tapi dia masih kekal seperti di awal tadi .
Kalau hari-hari dia angkat aku kan best ? Huhuhu .....
Eh , apa aku merepek ni . Ingat Arin , tu dosa! Ya Allah, berdosa aku ingat perkara-perkara sebegitu sekali . Astaghfirullahalazim .
" Farha Arina! "
Aku terserentak apabila Iskandar memanggil nama penuhku .
" I...iya ? "
Adui , takut terkantoi pula aku tengah berangan . Alahai Arin!
Aku terdengar Iskandar mengeluh perlahan lalu dia teruskan perjalanan sambil mendukung (?) aku dari belakang badannya .
" Kita singgah sungai dulu , aku rasa macam terdengar air mungkin situ sungai rasanya . Aku nak rehat dekat situ , kau ok ? "
" Aku ok jaa . Tak apa laa , kau turunkan aku dekat sini takut kau tak larat dukung aku " aku ingin turun tetapi di halang oleh kedua-dua tangan Iskandar yang berada di kedua-dua belah pahaku .
" Tak payah nak mengada-ngada . Aku larat lagi angkat kau badan macam orang lidi " katanya dengan selamba . Aku yang mendengar jawapan itu terbutang kedua-dua mataku .
Wah , dia kutuk aku ???? What the hell ??? Badan macam orang lidi dia cakap ??? Kepala hotakkk anda !!!!
Eee nasib aku tengah tak larat kalau tidak dah lama aku sepak dia dari belakang , baru dia tahu .
Tak faham betul la dengan lelaki ni , complicated dari perempuan lagi . Tak mahu yang gemok sangat , tak nak kurus sangat laa . Eh , tolong ingat diri tuu tak perfect mana pun . Manusia mana yang sempurna ? Semua ada kelebihan dan kelemahan masing-masing .
" Aku tahu kau kutuk aku tapi masalahnya benda betul aku cakap . Jadi , kau diam . Aku betul " sambungnya .
What ??
Fine . Sumpah rasa nak marah + nak menangis . First time orang kutuk aku cakap macam itu .
Apabila dia berkata sebegitu aku terus menumbuk bahu kirinya lalu menyembam muka aku di situ . Aku tak tahu kenapa aku cengeng sangat sekarang ini ?
Iskandar hanya diamkan diri dan teruskan perjalanan . Dia tidak hiraukan keadaan aku sekarang , dia buat bodoh saja seolah-olah seperti tiada apa-apa berlaku . Sedangkan sekarang aku tengah menangis lepastu sakit demam pula . Air mataku mula mengalir dengan perlahan tanpa bunyi .
Ya Allah . Sedih ya amat .
Dalam 10 minit begitu , kami berdua sudah sampai di sungai tersebut kerana aku dapat mendengar bunyi air sungai mengalir . Aku masih lagi keadaan tadi , menyembam muka di bahu jantan ini . Selama perjalanan tadi hanya bunyi dia berjalan di atas daun-daun kering , itu sahaja . Langsung tak pujuk aku ke apa!
" Farha ... "
Aku buat-buat tidak dengar . Merajuk! Pujuk sampai aku rasa boleh maafkan kau!
" Farha Arina "
Dia memanggil aku lagi tapi aku buat tidak dengar . Tidak lama kemudian , aku terus menangis dengan kuat . Aku tak tahu kenapa emosi aku jadi begini . Arghhh!
" Farha " aku dapat rasa tangannya mula berada di belakang beg galasku .
" Aku nak turunkan kau ni , kau turun eh ? Aku takut kau jatuh " pesannya .
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen Fiction..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...