Aku menoleh ke kiri kemudian ke kanan . Kiri ke kanan . Ke kiri ke kanan . Aih bosan nya . Ke sana ke sini ...
Sekarang ini aku berada di sebuah kedai makan yang berhampiran supermarket . Kata Iskandar kedai makanan ini sedap . Aku hanya ok kan saja . Yela perut minta isi , tak kira apa dah janji dapat makan + kenyang !
Aku menongkat daguku di atas meja sambil melihat Iskandar yang sedang melayan iphone miliknya . Eh , tukar ip lain pula ?
" Kau tukar phone ke ? " soalku .
" Hm . Aku bagi dekat adik aku " jawabnya . Aku hanya mengangguk kepala saja . Syok nyer pakai ip . Aku ni pakai android jew , tsktsktskk ....
Kemudian aku baru teringat sesuatu . Aku lupa mahu menghantar pesanan kepada abah yang aku pergi ke supermarket sebentar . Tadi minta izin pergi taman jew , ni sampai ke supermarket ni apa kes ?
Aku mengeluarkan Samsung aku dari poket seluar slack . Aku malas nak bawa beg . Rimas tahu tak . Bukan bawa duit pun , bawa telefon dengan diri ja . Simple !
Abah 💘
You ;
- Abah . Arin teman kawan pergi supermarket kejap . Arin janji Arin balik awal 😗Abah 💘 ;
- Ingat ! Jangan balik lewat kang Angah cari pula . Nanti Arin juga kena marah dengan dia lepastu kena sakat
- 😂Eh eh abah ni . Menyempat lagi bergurau dengan aku pun . Aku hanya tersenyum nipis . Abah , abah ...
" Kau dah kenapa senyum senyum dekat phone tu ? Boyfriend sendiri ada depan ni kau tak layan " sampuk Iskandar .
Aku mengangkat muka lalu memandang mukanya . Nak layan macam mana dah kau sendiri tak layan aku asyik menghadap iphone kau tu haa .
Isu ni pun dia nak gaduh dengan aku juga ?
Aku menghela nafas . " Eleh kata dekat orang , dia pun apa kurangnya asyik menghadap phone tu sampai aku dekat depan ni pun tak layan . Baik tak payah keluar laa ! " bidasku .
Iskandar mendengus kasar apabila mendengar jawapan dari mulut aku sebentar tadi . Terus dia meletakkan ip miliknya ke tepi lalu memandang muka aku .
" Ok , aku tak layan phone dah . Sekarang ni kau layan aku . Now ! " gertak nya .
Eh ingat aku takut sangat ke dengan kau ? Aku tegur baru kau nak buat . Ni , aku cakap sikit nak sentap pula . Apa punya kategori budak setan macam ni ? Erh !
Senang koyak !
" Dia buat dah perangai singa dia tu " gumamku dengan perlahan .
Iskandar menjeling aku dengan tajam . Oh dengar kew ? Hehekk !
" Nak kutuk aku pun , perlahan kan sikit suara murai kau tu . Ada saja nak bidas cakap aku , kau lebih patut digelarkan sebagai mak nenek you know ? " balasnya dengan sinis .
Aku tercegang . Apa ?! Dia cakap aku ni mak nenek ?! What the fish ?!!!! Dia ingat aku ni tua sangat ke ha ?! Aku ni muda lagi ! Kahwin pun belum lagi ! Tambah lagi tak ada anak , macam mana dia gelarkan aku mak nenek ?
Ergh , mamat annoying ni memang tak sah tak buat aku bengang dengan perangai annoying dia . Dia ingat dia tu bagus sangat ke sampai kutuk orang bagai ?
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen Fiction..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...