" Kau ok ? "
Ini entah soalan kali ke berapa dia soal aku macam itu . Iskandar punya risau pada diriku . Aku yang sudah terbongkok jalan macam nenek si bongkok pula . Kepala aku masih berdenyut-denyut merasai sakit itu .
" Aku ok lagi " jawabku . Sudah hari semakin gelap . Aku lihat jam di pergelangan tangan kiri aku sudah menunjukkan pukul 7:18 malam . Nak masuk maghrib dah .
Iskandar mengeluh perlahan lalu melihat sekilas jam di pergelangan nya .
" Aku rasa kita kena bermalam dekat sini . Hari dah gelap . Kalau kita teruskan juga nanti jadi lagi teruk pula . InshaAllah , esok mungkin ada bantuan datang tolong kita " katanya .
Aku melihat sekeliling . Benar , hari hampir gelap . Lebih baik kitorang berdua berhenti di sini .
" Dekat sini kau rasa selamat ke ? " Tanyaku dengan polos . Ok aku mengaku aku ni spesies penakut juga . Tambah lagi 'benda-benda' halus itu . Ergh ! Seram mak! Dah ada dalam hutan besar ni .
" Tawakkal jela . Niat doa harap kita berdua selamat " katanya . Dia meletakkan beg galasnya di permukaan tanah . Aku pun membuat kelakuan begitu .
" Eh , kau nak pergi mana ? " Soalku apabila melihat dia seperti ingin meninggalkan tempat ini . Satu lagi , dia memegang lampu suluh berwarna coklat cair .
" Nak cari kayu . Aku nak buat unggun api bagi ada cahaya malam ni . Tak ada la gelap sangat , kan ? " Balasnya . Aku mengangguk kepala perlahan . Ooo , ingat nak tinggalkan aku .
" Kau duduk sini sekejap . Aku pergi cari dekat-dekat sini jaa . Kau jangan takut , aku ada jaa dekat sini " katanya lagi .
Aku mengetap bibir lembut (?) . Macam tahu-tahu je aku ni penakut . Aduhai !
****
" Sikitnya kau makan " tegurnya . Aku yang baru habis meneguk air mineral ditegur oleh dia .
" Dah yang ni ja ada dalam beg aku . Cukup la bekalan aku malam ni . Aku berdoa sangat esok bantuan sampai tolong kita " balasku . Tanganku mula mencari ubat di dalam beg .
Masa untuk makan ubat !
Akan tetapi aku cuba cover dari Iskandar untuk nampak kelakuan aku ini . Aku tak nak dia soal aku bukan-bukan . Mampos aku nak jawab apa perihal ini kepada Iskandar .
" Kau ada air lagi ? " Soalnya .
Aku menggelengkan kepala . Aku bawa air botol besar tu je dan aku tak sangka aku boleh sesat dalam hutan ni . Then , sesat bersama Syed Iskandar Zulkarnain .
Uhukk ! Dugaan apakah ini aku dapat ? Adakah ini jodoh ? Atau bodoh ? Astagaaa !
" Nahh " dia menghulurkan satu botol air mineral yang bersaiz besar kepadaku .
" Habistu kau punya air ? "
" Aku ada lagi satu botol . Kau jangan risau , aku bawa 2 botol dalam beg " katanya dengan tangannya masih setia hulur air kepadaku .
Apabila mendengar jawapannya , aku terus mengambil air tersebut . Orang dah bagi , buat apa tolak ? Rezeki aku .
Setelah beberapa minit , aku dan Iskandar hanya diamkan diri . Tumpuan kami berdua hanya pada unggun api yang sedang membara . Hampir terkejut aku bagaimana boleh terbakar .
Nak tahu tak ?
Selepas Iskandar selesai mencari kayu api terus dia menghidupkan api kerana waktu ketika itu sudah gelap gelita . Aku ingat dia gosokkan permukaan kayu itu supaya api keluar tapi tidak .
ANDA SEDANG MEMBACA
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen FictionSyed Iskandar Zulkarnain & Farha Arina ..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha rasa rimas kera...
![Hi , Mr Annoying ! [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/228393936-64-k798376.jpg)