He's annoying , he's out of his mind but he's everything I want ..
****
" Kau ok tak ? "
Hanya sekadar mengangguk kepala sahaja . Tiada benda yang menarik yang hendak berbual . Satu tangan mencapai bantal yang dibaluti dengan sarung yang berwarna merah jambu yang berada di sebelahan aku .
Aku memeluk bantal tersebut dengan erat .
Kemudian kepalaku disandar di kepala katil bilik aku .
Ya . Sekarang aku berada di rumah aku sendiri . Selepas pulang dari klinik terus mak dan Faiq bawa aku pulang ke rumah . Sakit jangan cakap masih lagi dirasai seperti tadi .
Tadi pun doktor memesan supaya aku makan kerana sehari ini aku tidak memakan apa pun . Kosong . Doktor juga sarankan aku makan mengikut piramid makanan -- macam ikut gaya hidup sihat laa .
" Kalau ada apa-apa panggil aku atau kau wassap jela aku . Aku ada jaa dekat sebelah bilik ni " Faiq memesan kepadaku .
Faiq la orang yang paling gelabah bila terdengar aku pengsan di sekolah dan dia juga yang mengambil aku di sekolah tadi turut menghantar aku ke klinik yang berhampiran .
Mak ? Usah dicakap , dari aku dalam kereta sampai dalam perjalanan nak balik ke rumah mulut tu .. tak berhenti wei! Sakit telinga juga aku dengar tapi apakan daya .. masuk telinga kanan , keluar telinga kiri . Dia bebel aku ni tak jaga pemakanan -- tak jaga diri laa macam macam laa dia bebel tu . Biasala mak , kan ? Mak mana yang tak risau anak yang dikandung selama 9 bulan itu sakit . Gila tak risau!
Faiq hanya diam sahaja ketika memandu tadi . Bukan apa -- takut nanti dia juga akan terbabit dalam hal ini . Mak-mak ni kalau bercakap , mulut depa berbisa sikit .. boleh menusuk ke dalam hati kita sebagai anak ini .
Jadi , tabah ajela mendengar bebelan dia di dalam kereta nanti . Aku cakap nanti ha kang dia cakap melawan lepastu kata la kita ini anak derhaka laa apa laaa .. macam-macam laaa .
Aku hanya mengangguk kepala sahaja sambil itu aku merebahkan kepalaku di atas permukaan bantal . Kepala aku masih berdenyut-denyut lagi sambil-sambil itu tangan aku mengurut perlahan di pelipis dahiku .
Agaknya bila nak hilang rasa sakit kepala ni ?
Selepas bayangan Faiq hilang di sebalik pintu bilik aku terus ingatan aku teringat perbualan Faiq di dalam kereta sebentar tadi sambil menunggu kehadiran mak .
Flashback
Aku cuba membuka mataku perlahan-lahan . Kemudian aku membuka mataku dengan kerutan di dahiku .
Aku lihat di sekeliling aku -- ehh aku di dalam kereta ? Kereta siapa ni ?
Aku terus memandang ke arah pemandu kereta tersebut . Dahiku usah dicakap -- asyik mengerut sahaja kerjanya hehe ..
Faiq ?
Macam mana dia boleh ambil aku di sekolah ? Setahu aku dia kerja kan hari ini -- tapi macam mana dia boleh ambil aku seawal jam begini ?
" Ha bangun dah . Kau rehat la dulu , tunggu mak bersiap kejap . Kita on the way nak pergi klinik " katanya sambil matanya memandang cermin di hadapan untuk melihat kelakuan aku di bahagian penumpang belakang .
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Novela Juvenil..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...