" Cepat la Arin , nanti kena uncle Ah Tong tutup pulak ! " jerit Ryan yang sedang berlari . Dia hadapan sekali kerana mahu makan aiskrim yang baru keluar di tv rumah tadi . Terliur budak-budak tengok woi . Nasib Tok Ma dan Aki memberi keizinan untuk pergi kedai tersebut .
Kedai dan kedai uncle Ah Tong tu bukan jauh sangat dalam selang 5 buah rumah macam tu agaknya .
" Ee , sabar laa! Tahu la kita ni gemok tak boleh lari laju macam dia " rungut si kanak-kanak perempuan yang badan agak berisi . Tengok tangan dia tu sudah berlipat berapa kali ganda . Geram!
Termegah-megah dia mengejar Ryan di hadapannya . Laju sungguh Ryan ni . Bukan nak tunggu kita . Kata nak beli sama-sama tapi apakan dayanya ?
Selfish!
Zack yang berada di belakang hanya berlari dengan perlahan kerana ingin mengikuti kanak-kanak perempuan itu dari belakang walaupun dia tahu dia boleh lari pecut lalu memotong Ryan di hadapan .
Tapi hatinya terusik dengan kesungguhan kanak-kanak perempuan yang beza hanya setahun itu berlari . Comel! Tak padan dengan badan chubby dia habis semua anggotanya bergoyang.
" Aaaa penat laaa macamni! " terus pergerakkan dia terhenti di tengah jalan . Dia membongkok kan sedikit badannya dan kedua-dua belah tangan nya berada di permukaan kedua-dua lutut .
Penat kejar si Ryan ni!
" Laa , kenapa berhenti ? Kata nak pergi beli aiskrim " tegur Zack . Dia pun turut berhenti sama dengan Arin .
" Penat la , abang Zack . Tak larat dah kita nak kejar Ryan tuww " air matanya mula bertakung . Tunggu masa nak nangis je!
Dah la kita penat lepastu Ryan boleh pula tinggal kita semata-mata nak beli aiskrim di kedai Ah Tong . Kata nak beli sama-sama tapi lain pula jadinya .
Balik nanti , report dekat Aki ngan Tok Ma!
" Jom ? " Zack menyuakan tangannya ke arah Arin yang masih termegah-megah itu .
" Ha ? "
" Nak abang Zack dukung Arin ? "
Terus riak wajahnya bertukar menjadi mendung .
" Laa dah kenapa sedih pula ni ? Abang Zack ada salah cakap ke ? " soalnya lagi .
Arin menggelengkan kepalanya .
" Kita gemok la abang Zack! Macam mana abang Zack nak dukung kita "
" Eh mana ada! Abang Zack ni kuat tau! Budak lelaki kan kena kuat mana boleh lembik . Alaa , setakat angkat Arin ni apa la sangat , kan " dia cuba memujuk kanak-kanak perempuan itu . Dia tidak sanggup melihat Arin bersedih lagi kerana segi fizikalnya .
Walaupun dari segi mata orang lain nampak dia gemok , berisi tapi tidak baginya . Arin tetap comel di matanya!
Macam mana la keadaan dirinya ketika besar nanti ? Mesti comel lagi , kan ?
Gatal la kau ni , Zack!
Arin menggaru kepalanya tidak gatal . Betul ke apa yang abang Zack cakap ni ? Macam tipu jeww!
" Cepat la nanti kedai uncle Ah Tong tutup pula . Hari pun nak senja dah nanti Tok Ma dan Aki risau pula "
" Betul ni ? "
" iyee , cepat naik budak ! "
Arin apa lagi bersorak riang apabila ada orang menawarnya untuk didukung selain abahnya .
Sayang abang Zack !
" Sudah ? "
" Sudah! Jom cepat kita pergi! " jeritnya tapi tidak la sampai nak pekak telinga si Zack itu .
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen Fiction..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...