" Kenapa cikgu nak jumpa saya ? " aku menyoal Cikgu Suraya yang berada di hadapan aku ini .
Cikgu Suraya menghela nafasnya .
" Kamu dipilih sebegai ketua penolong pengawas tahun ini " jawab cikgu Suraya .
What ? Jadi ketua penolong ketua pengawas means aku penolong kepada Engku Hariz ?
No way !
Aku tak nak sekumpulan , berkomplot dengan si manusia yang bertopengkan syaitan itu . Eee , ingat aku suka ?
" Ha ? kenapa saya ? Saya tak ada pula mohon menjadi pengawas ni . Hm cikgu silap orang kot " dalihku .
Kot ?
" Tak . Cikgu tak silap orang , Arin . Ini arahan dari puan pengetua dan pihak sekolah ini bukan orang lain "
Aku mengeluh . Kenapa la puan pengetua bagi ni pilih aku , tak ada orang lain dah ke ? Eeee , pelikkk ! Aku juga yang dia orang semua nak . Dah tugas menjadi pengawas ini berat untuk dipikul .
Ingat senang ke nak jadi pengawas ha ? Kalau ada apa-apa yang salah dan masalah disilpin makin menjadi-jadi , pengawas juga yang akan dipersalahkan . Atau lebih tepat hukuman kepada pengawas kerana tidak dapat mengawal disiplin murid di sekolah .
" Kenapa saya , cikgu ? " soalku dengan lemah . Aaaaa , tak nak jadi pengawas !
" Sebab Engku Hariz yang pilih kamu untuk tolong dia "
****
" Woi " bahuku ditepuk oleh seseorang .
Pea .
" Kau dah kenapa ? Diam semacam ni . Eish pelik aku sebab mulut kau tu ada saja yang nak bidas pernyataan aku ni ha " perli Pea .
Orang tengah ada masalah , dia boleh perli aku , aiyyyy sabar jelaaa !
" Kau dah kenapa ? Macam ada masalah rumah tangga ja " Dhiya pula menyoal .
" Lagi berat dari masalah rumah tangga kau tahu tak " aku terus menyembamkan mukaku di atas meja .
Dhiya dan Pea saling berpandangan . apahal ?
" Cuba la cerita pada kita orang , share lah sikit itupun nak kedekut ke ha ? Cer cerita " kata Dhiya .
Pea dan Dhiya memandang diri aku seperti kusut dengan masalah besar yang mengalahkan masalah negara padahal masalah nak ambil jawatan pengawas jaa .
" Eh , lupa nak bagitahu kau orang . Nanti sekolah kita akan ada penolong ketua pengawas yang baharu . Aku dengar , perempuan form 4 yang pihak sekolah pilih tak silap aku la " sampuk Pea .
" Aih , siapa pula akan bertahan dengan perangai si Engku Hariz tu . Aku tahu penolong ni ha kan selalu berhubungan dengan ketua means ---- erghh susah la nak explain . Tapi yang aku tahu Engku Hariz akan mempergunakan perempuan itu . Yela perempuan kan , mesti dia akan buat tugas dia sebagai penolong . Mahu si Hariz tu report pada cikgu Omar . Tahula Engku Hariz itu anak murid kebanggan sekolah ini , puii " Dhiya pula berkata .
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Teen Fiction..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...