Aku memandang pintu dan muka Iskandar silih berganti . Macam mana aku nak terlepas dari masalah ini? Kalau Faiq tahu kemungkinan aku bakal dimarahi teruk olehnya dan turut abah sekali .
Macam mana ini ?
Aku lihat Iskandar masih riak tenang lagi . Weh , dia memang tak sayang nyawa ke apa!? Ya Allah , kenapa aku jumpa manusia sebegini ha?
Dan apa lagi terkejut apabila aku melihat Iskandar ingin pergi membuka pintu bilik tersebut .
Aku terlopong luas . No!
Iskandar tak boleh buka pintu tersebut . Mati aku dikerjakan . Lebih baik aku halang dia untuk buka .
Aku memegang lengan baju Iskandar dan Iskandar menoleh ke arah muka aku yang sudah dibasahi air mata . Kepala aku digelengkan tanda jangan pergi .
Iskandar menghelas nafas perlahan .
" Habistu kau nak buat apa ? Takkan nak suruh aku duduk dalam bilik kau ni lama-lama? " katanya dengan nada yang berbisik . Bilik aku ni bukan bilik kalis bunyi pun .
Aku mengemam bibirku sambil memikirkan idea apa paling bernas untuk diberikan kepada Faiq di luar sana.
" Arina! Kau dekat dalam ke tak ni? " laung Faiq di luar bilik .
Ergh. Tak ada jalan lain .
" Aku ada dalam bilik ni! Aku sakit perut haaa , kau jangan risau " laung aku di dalam bilik .
Tak ada jawapan lain lagi . Itu saja paling 'bernas' pun supaya Faiq tidak memasuki bilik aku .
" Kau okey ke ? Kalau tak okey aku masuk ni " katanya .
" Ehhhh .. tak payah . Aku okey jaa . Kau pergi la layan tetamu dekat bawah . Nanti kalau aku dah ok , aku turun " jawabku .
Harap-harap Faiq ok kan saja jawapan yang aku berikan . Harap-harap laa .
" Oh okey . Aku turun dulu tapi kalau kau tak larat tak payah turun , aku bagitau mak dan abah " katanya .
Aku menghela nafas dengan lega apabila aku mendengar derapan tapak kaki Faiq sudah menjauhi dari bilik aku . Tubuhku melorot ke bawah dengan diri bersandar di almari bajuku . Aku memejam mata sebentar . Penat .
Semua dah selamat!
Iskandar yang melihat aku sebegitu terus duduk di hadapan dengan keadaan cara kedudukannya bersila . Dia melihat keadaan aku sambil menongkat dagunya dengan tangan kanannya .
" Kau okey? " soalnya setelah beberapa minit melihat diri aku masih pejamkan mata .
Aku mengeluh perlahan lalu membuka mata . Aku terkejut dengan gaya Iskandar memandang diri aku . Apa yang aku boleh katakan ...
Comel!
Aku mengangguk kepala dengan perlahan tanda aku okey saja . Tapi hati kata lain . Entah la . Aku berasa penat buat masa ini .
" Aku tahu kau tak okey . Sebab aku dapat rasa muka kau tu lain sangat . Lain dari yang lain . Aku tak nampak Farha Arina yang dulu yang kuat , yang selalu caru gaduh dengan aku dulu . Tak ada langsung dari muka kau . Yang aku nampak sekarang muka kau nampak ... "
Aku mengangkat mukaku lalu memandang muka Iskandar di hadapanku . Aku menunggu kata-kata seterusnya .
" Penat . Sekarang ni aku selalu nampak muka kau pucat . Kau okey ke tak ? Atau kau sakit? "
Bum!
Aku mengemam bibirku apabila Iskandar berkata begitu . Dia perasan ke?
Adui , Arin . Kau ni memang pelupa ke apa ha? Sah-sah laa Iskandar atau yang lain nampak perubahan muka aku . Kulit aku ni berkulit cerah memang nampak sangat kalau kulit aku bertukar pucat .
YOU ARE READING
Hi , Mr Annoying ! [ C ]
Подростковая литература..... Cinta ? Bagi gadis yang bernama Farha Arina serik dalam alam percintaan ini . Baginya cinta itu buta , sakit dan kusut bagi dirinya . Tapi ... Seorang lelaki telah ' kacau ' hidupnya , Farha merasa rimas kerana setiap hari lelaki itu kacau d...