🍁B A B 40

6.3K 274 39
                                        

"Selagi boleh sabar, bersabarlah. Selagi boleh bertahan, bertahanlah. Semua dugaan Allah. Allah tahu apa yang kita rasa."

"Umairah. Umairah. Bukak pintu ni sebelum aku pecahkan."  Tangan menumbuk kuat pintu bilik Umairah.

"Aku cakap bukak, bukak la. Kau jangan nak naikkan darah aku."

Umairah meletakkan Al-Quran yang berada di tangannya di atas katil. Laju dia berlari ke pintu bilik. Seperti mahu pecah pintu itu diketuk Umar.

PANG

Terjatuh Umairah ke lantai apabila tangan Umar tiba-tiba saja hinggap di pipinya.

Umairah yang terduduk dilantai dia dekati. Tangan naik mencengkam rambut Umairah yang masih berbalut dengan telekung.

"Kau pekak? Telinga kau dekat mana hah? Berapa kali aku kena panggil kau." Rambut Umairah ditarik-tarik ke belakang sehingga terdongak.

Wajah yang dipenuhi air mata itu tidak sedikit pun memberi kesan dihatinya sebagai manusia. Yang dia rasakan kini hanyalah kepuasan.

"Umar, kenapa dengan awak ni? Sakitlah." Pegangan Umar pada rambutnya cuba dileraikan. Serasa mahu tercabut kulit kepalanya.

"Sakit? Hati aku sakit kau tak tahu pulak."

"Apa pulak kali ni? Apa yang Ikhwan tu dah racun fikiran awak?" Tanya Umairah dalam tangis.

"Berapa kali aku cakap Ikhwan tu baik. Yang jahat tu kau. Kau ni memang tak sedar diri." Wajah Umairah ditampar buat sekian kali.

Telekung yang tersarung pada Umairah juga direntap kasar sehingga terpelanting di sudut bilik.

Umairah menjauhkan diri dari Umar sebaik saja Umar melepaskan dirinya. Lutut dipeluk erat. Sumpah dia takut kini melihat keadaan Umar.

Sejujurnya ini bukan kali pertama Umar bersikap demikian. Kadangkala dia sendiri tidak mengenal siapa Umar sebenarnya. Manusia atau sebaliknya?

"Apa hubungan kau dengan Akil?" Umar bangkit dari duduknya. Turut menjauhi Umairah. Rambut diraup kasar.

Moodnya elok sahaja hari ini sehinggalah dia berjumpa Ikhwan beberapa jam lepas. Api amarahnya memuncak tinggi.

"Hubungan apa lagi? Antara saya dengan Akil tak pernah ada apa-apa. Awak sedar tak yang saya isteri awak sekarang? Kenapa awak lebih percayakan orang luar berbanding saya?" balas Umairah tersedu-sedan.

"Macam mana aku nak percaya kau kalau perangai kau sebiji macam syaitan? Aku tanya kau lagi sekali. Apa hubungan kau dengan Akil?" Semakin melengking kuat suara Umar bertanya.

"Hina sangat saya di mata awak sampai awak gelar saya syaitan?"

Umairah tidak tahu bagaimana lagi mahu berdepan dengan Umar. Kini dia benar-benar rasakan perkahwinan ini hanyalah kesilapan besar yang terjadi dalam hidupnya.

Umar semakin hari semakin membencinya. Kalau dulu hanya makian, kini Umar sudah pandai mengangkat tangan dan memukulnya sesuka hati.

Batang tubuhnya juga sudah tidak kuat lagi menerima pukulan dari Umar. Beberapa bulan hidup dengan Umar dirasakan seakan sudah bertahun derita yang ditanggungnya.

"Kau pekak ke? Apa hubungan kau dengan Akil?"

Kesabarannya semakin menipis. Tubuh Umairah digoncang kuat.

"Awak nak saya jawab apa? Saya dengan Akil tak ada apa-apa." Tangan Umar ditolak agar tidak menyentuhnya.

Kepingan gambar yang diletakkan di dalam poket seluarnya dikeluarkan dan dibaling tepat pada wajah Umairah.

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang