🍁B A B 46

5.5K 270 57
                                        

"And happiness comes only when we believe that it will."

Harbourfront Centre Natrel Rink

Winter scarf yang terletak cantik di lehernya dikemaskan sehingga menutupi dagu. Malam ini tidaklah sesejuk selalu tetapi masih terasa kesejukkannya. Iphone dikeluarkan dari handbag. Mahu mengambil gambar pemandangan di tempat cantik ini.

Masakan tidak cantik apabila kawasan itu dipenuhi dengan manusia dan limpahan cahaya bewarna warni di sana-sini.

Dia tersenyum sendiri melihat gelagat kanak-kanak yang kelihatan sungguh gembira meluncur ais walaupun beberapa kali terjatuh

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dia tersenyum sendiri melihat gelagat kanak-kanak yang kelihatan sungguh gembira meluncur ais walaupun beberapa kali terjatuh. Tidak sedikit pun kanak-kanak itu menangis atau berputus asa.

Rakan-rakan lain ketawa sesama sendiri apabila melihat rakan mereka terjatuh. Kemudian baru menghulurkan tangan membantu.

Begitulah kehidupan. Kadangkala di saat kita jatuh, ada tangan yang menghulur memberi bantuan. Kadangkala tiada huluran tangan daripada sesiapa. Jadi kita sendiri yang perlu bangkit untuk terus melangkah.

Udara yang nyaman itu dihirup tenang.

Mata dialihkan pula pada CN Tower yang dilihat begitu gah berdiri tidak jauh dari pusat Harbourfront. Sudah sebulan dia di sini tetapi masih belum berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Mungkin suatu hari nanti.

"Miss."

Panggilan seseorang disisinya membuatkan Umairah menoleh.

"Yes?"

"May I sit?" Pinta lelaki berkulit putih itu.

Umairah serba salah. Dia tidak kisah jika berkongsi tempat tetapi terasa kurang selesa pula memandangkan orang ini lelaki. Kalau tidak izinkan takut digelar sombong pula.

Sekeliling dilihatnya. Mana tahu ada tempat kosong untuk lelaki ini. Malangnya semua tempat sudah penuh. Hanya dia seorang saja bersendirian disini. Yang lain semuanya berkeluarga.

Lambat-lambat Umairah mengangguk setuju. Tubuh dijarakkan sedikit dari lelaki itu.

"Where are you from?"

Umairah mengangkat wajah apabila disoal. Jari telunjuk ditunjuk pada diri sendiri. Memastikan soalan tadi untuk dirinya.

"Malaysia." Balas Umairah sepatah apabila lelaki itu mengangguk tanda soalan tadi diaju padanya.

"Malaysia? Negeri mana?" Ternganga mulut Umairah apabila lelaki itu baru saja bercakap Bahasa melayu. Dia tidak silap dengarkan?

"Comel. Tutup sikit mulut tu. Aku takut lalat masuk nanti."

"Awak boleh cakap Bahasa melayu?" Tanya Umairah tidak percaya. Sudahlah bahasa melayu lelaki ini lancar. Tiada sedikit pun slang mat saleh.

"Kenapa pula tidak? Aku pun dilahirkan di sana."

Seindah Takdir UmairahCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang