"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan"
Wajah tenang Umar yang sedang diulit lena itu ditatapnya dengan pelbagai perasaan. Sayang. Ya, dia sayangkan lelaki ini melebihi segalanya walaupun tiada sekelumit pun perasaan itu dari Umar untuknya.
Sedih, marah dan kecewa. Perasaan kecewanya pada Umar semakin hari semakin mendalam. Umar melebihkan orang luar berbanding ikatan mereka. Umar terlalu mempercayai Ikhwan melebihinya. Dia kecewa.
Benci. Ya, sedikit sebanyak perbuatan Umar padanya selama ini menanam perasaan itu dalam hatinya.
"Saya ikhlaskan apa yang awak lakukan pada saya tadi tapi untuk saya memaafkan awak, saya tak boleh. Saya dah tak sanggup lagi hidup dengan awak. Maafkan saya." Dahi Umar dicium lama.
Lingkaran tangan Umar pada pinggangnya cuba dirungkai. Perlahan-lahan dia turun dari katil. Kesakitan di bahagian ari-arinya dibiarkan saja. Dia perlu pergi segera.
Pakaian-pakaiannya yang bertaburan dikutip kembali. Wajah Umar dipandang buat kali terakhir.
"Saya harap Allah tak akan temukan kita lagi." sebaik mengatakan itu, Umairah berlalu ke biliknya.
Luggage di atas almari diambil. Segala baju-bajunya disumbat masuk. Tiada masa lagi untuk melipat dan mengemas. Beg tangan dan passport di atas meja solek juga dicapai dan diletakkan di atas luggage.
Dia perlu membersihkan diri dulu sebelum keluar.
Usai bersiap dan memastikan barang-barangan penting dibawa, luggage ditolak perlahan. Takut jika Umar tersedar dari tidur. Ruangan rumah dilihat sekali lalu. Hatinya sebak. Terasa berat mahu meninggalkan rumah ini apatah lagi Umar. Tetapi buat masa sekarang, dia sudah tidak mahu hidup dalam derita lagi.
Cukuplah selama hayatnya dia sudah menderita. Selepas mama, Hazira dan kini Umar. Dia tidak mahu lagi hidupnya terus dibayangi manusia-manusia ini.
Ini pilihan terbaik baginya walaupun dia terpaksa menggalas dosa besar kerana keluar meninggalkan suaminya tanpa izin. Dia terpaksa!
Luggage besar ditolak perlahan meninggalkan rumah. Walaupun langit sudah gelap, hal itu tidak sedikit pun mematahkan niat Umairah untuk meninggalkan semua itu.
Kaki digagahkan melangkah ke arah jalan besar untuk mencari taxi. Peluh yang merinik di dahinya dilap menggunakan lengan baju. Bibirnya menggeletar menahan sejuk apabila terkena angin malam.
Tangan kiri memegang bahagian perutnya. Menahan sakit yang datang mencucuk. Matanya berpinar tiba-tiba. Mungkin dia mahu demam.
Segala kesakitannya ditahan sehingga dia sampai di hentian bas. Kerusi besi yang terdapat disitu didudukinya. Semakin lama sakit dibahagian perut dan ari-arinya semakin kerap. Bahkan bertambah perit.
"Kak. Kak."
Panggilan seseorang disebelahnya membuatkan Umairah mengangkat kepala dari menunduk. Wajah gadis disebelahnya tidak dapat dilihat dengan jelas. Pandangannya semakin kabur.
"Akak okay tak ni?" Tanya gadis itu kalut apabila memandang wajah pucat tidak berdarah milik Umairah.
"Akak rasa macam nak pitam." Balas Umairah sambil menutup mata. Berharap dia tidak pengsan disitu.
"Saya bawak akak pergi klinik ya? Saya risau nak tinggalkan akak dekat sini sorang-sorang."
"Tak apa. Akak tak nak susahkan awak. Sekejap lagi okay lah ni."
"Kalau macam tu, akak ikut saya balik rumah saya dulu? akak rehat dekat sana sekejap. Nanti bila hari dah cerah, akak sambung lah perjalanan akak." Dia masih tidak putus asa mengajak wanita itu. Dia tahu wanita ini dalam masalah. Ada baiknya dia bantu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomantikDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
