"Rezeki telah terlakar dan jodoh tak akan pernah tertukar"
Umairah melambai tangan pada Lily yang sedang memasuki ke dalam perut kereta. Sebaik saja Lily beredar, kaki diatur masuk ke rumah agam milik keluarganya.
Mata melilau sekeliling melihat suasana yang sudah sunyi sepi. Tiada lagi tetamu yang tinggal. Semuanya telah beredar sejak sejam lalu. Lily merupakan tetamu terakhir yang pulang.
Umairah menghampiri tangga untuk naik ke atas.
Sampai sahaja di depan pintu biliknya, Umairah membatalkan niat untuk memulas tombol pintu bilik itu.
"Tak payah masuk boleh tak? Tapi takkan nak tidur luar ni pulak." Umairah berkata sendiri.
Hati berdebar hebat mahu masuk ke dalam. Bukan apa, dia takut mahu bertentang mata dengan Umar. Tapi memikirkan yang dia masih belum menunaikan solat isyak, dia perlu juga masuk ke dalam.
Dengan lafaz bismillah tombol pintu dipulas perlahan. Dilihat suasana biliknya masih terang-benderang. Mata mencari kelibat Umar di segenap ruang tetapi tidak pula kelihatan.
Dada diurut lega.
Umairah berjalan menghampiri meja belajar. Pin dan jarum yang melekat ditudungnya dicabut satu persatu dan diletakkan ke dalam bekas yang tersedia.
Anak tudung dan tudung di tanggal terus. Terasa lega kepalanya selepas membuka tudung. Rambut panjangnya juga diuraikan.
Baru sahaja tangan kanannya mahu membuka zip baju kurung modennya, deheman seseorang mengejutkan Umairah.
Toleh sahaja ke belakang, mata Umar merenungnya tajam. Cepat-cepat tudung yang dibuang tadi di sarung kembali.
"Dah tak ada bilik air ke sampai nak buka baju dekat sini?" Tanya Umar dengan riak muka yang seakan marah.
"Sorry, saya tak tahu awak ada dalam bilik ni." Ucap Umairah tergagap.
"Kalau aku tak duduk bilik ni, aku nak duduk mana? duduk dalam bilik adik kau?" Kata Umar garang seraya berjalan ke arah sofa.
Umar membaringkan badannya di sofa dengan selesa. Mata dipejam rapat. Pandangan Umairah padanya dibiarkan sahaja.
"Awak tak tidur atas katil?" Tanya Umairah takut-takut. Pelik juga apabila melihat suaminya berbaring disitu.
"Tidur dengan kau? Memang taklah. Baik aku tidur dengan bibik kau. Jijik aku nak tidur dengan perempuan macam kau ni."
"Tak boleh ke awak cakap baik-baik?"
Umairah bertanya dengan mata yang sudah bertakung air mata. Terasa hati.
Umar bangkit dari baringan. Tubuh Umairah dia dekati.
"Cakap baik-baik dengan perempuan macam kau? Sampai bila-bila pun aku akan macam ni. Sebab kau semuanya jadi kacau. Kau puncanya. Kalau kau tak perangkap aku malam tu, semua ni tak akan jadi." Suara Umar memetir di segenap bilik.
"Berapa kali saya perlu terangkan lagi? Saya tak pernah perangkap awak. Kita berdua mangsa malam tu. Awak cakap dengan saya, apa yang perlu saya buat untuk awak terima saya? Untuk awak maafkan saya?" Tangan Umar dipegang erat.
"Aku tak akan pernah terima perempuan macam kau Umairah. Tak akan pernah walau sekali dan aku tak akan pernah maafkan kau atas apa yang jadi ni."
"Kalau macam tu kenapa awak nikah dengan saya? Kenapa?" Umairah menggoncang lengan Umar.
"Kau nak tahu sangat? Nak tahu sangat?" pipi Umairah dicengkam kuat sehingga terdongak wajah kecil itu ke atas.
"A..awak...sa..kit." Adu Umairah apabila dirasakan cengkaman Umar terlalu kuat di pipinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
