🍁B A B 57

3.1K 149 22
                                    

"Ketika aku bahagia bersamamu, tiada alasan bagiku untuk tidak mencintaimu."

Lengan baju Aariz ditarik-tarik. Sejak dari semalam Aariz merajuk dengannya. Semuanya berpunca dari dia juga. Dia terlupa untuk memberitahu Aariz akan kepergianya hari ini bersama Qai.

"Abang."

"Sorry lah. Sumpah Mai lupa nak beritahu." Pujuk Umairah lagi.

"Memanglah lupa, dah ada kawan baru kan." Sengaja dia memerli begitu. Kalau bukan disebabkan Umairah menggantung baju yang hendak dipakainya hari ini di luar bilik, pastinya dia tidak akan tahu.

Dia bukan mahu mengongkong hidup wanita itu tapi dia risau akan keselamatan Umairah. Sudahlah lelaki itu baru beberapa kali bertegur dengannya. Dia takut jika Qai mempunyai niat jahat terhadap Umairah. Sudahlah wanita itu naif dan polos.

"Abang janganlah kata macam tu. Mai tak pernah lupa abang tau. Dia ajak Mai teman. Kesian dia tak ada kawan."

"Kesianlah sangat." Cebik Aariz.

"Boleh pergi ke tak?" Umairah masih mencuba.

"Boleh."

"Betul ni?"

"Hurm.." Gumam Aariz malas.

"Tapi dengan syarat."

"Syarat? Abang ni buat Mai macam baby la. Apa syaratnya?" cuba diikutkan jugak kehendak Aariz.

"Sebelum maghrib dan sampai rumah. Setiap sejam update lokasi Mai. Abang tak nak tanggung sebarang risiko kalau benda-benda buruk jadi dekat Mai." Ucap Aariz tegas.

"Okay boss." Senyuman disimpan. Perangai Aariz mengalahkan seorang ayah. Beruntung dia dipertemukan dengan lelaki sebaik Aariz.

"Nak pergi pukul berapa?"

"Kejap lagi lepas Mai siap-siap. Mai bawak Ayra ya?"

"Biar abang jaga Rara. Mai pergilah tenangkan fikiran. Bukan selalu dapat keluar. Abang busy sikit bulan ni sampai tak ada masa nak bawak Rara dengan Mai keluar."

Selalunya setiap minggu mereka ada juga berjalan-jalan di pantai dan sebagainya tetapi tuntutan kerja sebagai pensyarah muda bukanlah senang. Banyak masa dihabiskan di kolej berbanding rumah. Tambahan pula semester baru akan bermula dalam beberapa hari lagi.

"Tak apa. Mai faham abang sibuk."

"Dah, pergi siap. Nanti lambat pula keluar."

"Okay."

Belakang tubuh Umairah yang sedang menaiki tangga itu ditatap sehingga hilang. Bagaimanalah kehidupan mereka satu hari nanti jika Umairah bertemu dengan lelaki yang mampu menjaganya? Relakah dia melepaskan Umairah pada lelaki lain?





"Mai tak bawak Ayra?" Tanya Umar sebaik sahaja Umairah menghampirinya.

"Abang Aariz nak jaga Rara."

"Oh. Ingatkan Ayra ikut. By the way, cantik Mai hari ini." Puji Umar ikhlas sebelum memasuki kerata.

Umairah termanggu sendiri. Tidak percaya lelaki itu memujinya. Mata turun ke baju yang dipakai. Pakai seringkas ini juga dikatakan cantik?

Ada-ada sahaja. Pintu kereta dibuka dan melabuhkan punggung di sebelah Qai.

"Kita nak kemana?" Umar bertanya memandangkan segala perjalanan mereka hari ini ditentukan Umairah.

Umairah mengeluarkan buku nota kecil miliknya dan diberikan kepada Qai. Seatbelt ditarik terlebih dahulu.

Terkejut Umar melihat tempat-tempat yang dicadangkan. Ini bukan untuk satu hari tetapi lebih seminggu pun belum tentu mereka mampu menjelajah. Banyak sungguh senarai yang ditulis.

Seindah Takdir UmairahWhere stories live. Discover now