'Orang yang berjiwa lembut memeluk semua takdir hidup yang datang padanya dengan hati yang damai.'
Bunyi batuk yang tidak henti-henti dari bilik umi mengganggu lena Umairah. Sudah seminggu uminya batuk-batuk begitu. Apabila di ajak ke klinik umi selalu menolak. Katanya cuaca yang tidak menentu membuatkan umi batuk.
Dia turutkan saja kata umi. Rambut panjang yang dilepaskan tadi kembali disanggul. Bergerak ke bilik umi. Risau hatinya.
"Umi." Pintu bilik umi diketuk lembut.
"Masuklah." Balas umi perlahan dari dalam. Pintu kayu itu ditolak perlahan sebelum masuk dan bergerak ke katil umi.
"Kenapa tak tidur lagi? dah nak dekat 3 pagi ni." Tanya umi dengan batuk-batuk kecil. Dada umi diusap sedikit apabila terlihat umi seperti sukar bernafas.
"Umai tak boleh tidur. Esok kita pergi klinik ye. Umai tengok batuk ni macam makin teruk je." Jelas terpancar riak risau diwajah Umairah. Nek Idah tersenyum. Umairah memang gadis yang baik.
"Esok lusa baik la batuk ni. Umai ni risau sangat. Lagipun umi ni dah tua. Entah-entah esok lusa pergi." Tutur Nek Idah perlahan tapi masih dapat didengari oleh Umairah ayat terakhir itu.
"Umai tak suka umi cakap macam tu. Kalau umi tak ada, umai nak duduk dengan siapa? Umai tak sempat balas jasa umi lagi." air mata sudah mengalir di mata Umairah. Gadis ini terlalu murah dengan air mata.
"Umai duduklah dengan papa dan mama. Umai tak perlu balas jasa umi. Umi hanya minta Umai jaga maruah sebagai perempuan. Jangan mudah rapat dengan lelaki. Ingat pesan ni ye sayang." Batuk umi semakin menjadi-jadi.
"Umai tak nak duduk dengan papa. Mama tak suka Umai. Zira pun sama. Umi je sayangkan Umai." Semakin lebat air mata Umairah. Walaupun sakit mahu meluahkan hal itu tetapi itulah kenyataan. Dia dibenci keluarga kandungnya sendiri.
"Suatu hari nanti mama dan Zira akan sayangkan Umai. Teruskan berdoa. Yakin dengan takdir Allah. Sudah, jangan menangis lagi. Tak cantik dah Nur Umairah umi ni." Tangan menyapu wajah putih yang dibanjiri air mata itu. Tersentuh hati tuanya mendengar luahan cucunya.
"Umai nak tidur dengan umi boleh tak malam ni?" Tanya Umai pada Nek Idah. Nek Idah mengangguk seraya menepuk bantal di sebelah tanda menyuruh Umairah baring disitu.
Kepala terus dijatuhkan di bantal itu. Tubuh umi dipeluk erat. Entah kenapa dia takut mendengar kata-kata umi sebentar tadi. Tidak dapat dia bayangkan hidup tanpa umi disisi.
Bagaimana dia mahu meneruskan hidup selepas ini jika perkara yang ditakuti itu berlaku? Pada siapa dia harus bergantung? Papa?
Kepala digeleng sikit mengusir perkara bukan-bukan yang sedang bermain di fikirannya. Bahu ditepuk-tepuk oleh umi seperti sedang menidurkan bayi. Tidak sampai beberapa minit, Umairah terus terlena di dalam dakapan Nek Idah.
Terasa tenang tidur dalam keadaan seperti itu. Seolah disayangi dan dilindungi.
Buaian dihayun perlahan. Mata dipejam rapat. Mencari ketenangan. Mimpi tadi menganggu lenanya. Mimpi yang sering menghantuinya sejak 2 tahun lepas. Entah bila mimpi itu akan berakhir.
Wajah sayu Izwani di dalam mimpinya tadi kembali bermain dimata. Tidak tenangkah Izwani di alam sana? Keluhan berat dilepaskan. Ingatannya kembali pada tragedi yang berlaku 2 tahun lepas. Dimana gadis itu pergi di depan matanya.
Perasaan bersalah kerana tidak sempat menyelamatkan gadis itu masih dibawa sehingga kini. Tapi perkara itu terjadi bukan kerana dirinya. Kebetulan saja dia ada disitu dan menyaksikan segalanya.
YOU ARE READING
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...