'Takdir yang membuatkan kita bertemu.'
"Kau tetamu tu?" Tanya Umar Qaiser terkejut.
Terkejut dia apabila wajah Umairah menyapa mata sebaik saja dia sampai di meja makan. Padanlah mommy gembira bukan main menyiapkan segala benda. Wanita kesayangan mommy rupanya 'tetamu' itu.
Umairah memandang wajah Umar takut-takut. Nampak jelas wajah kacak itu tidak menyenangi kehadirannya disitu sebagai tetamu.
"Kau.."
"Umar Qaiser." Dato' Uthman memanggil tegas. Terus terdiam mulut Umar mahu berbicara lebih.
Kerusi di sebelah Umairah ditarik. Sengaja dia mengambil tempat di situ.
"Kau dah tak ada rumah ke hah? Sibuk nak duduk sini. Sibuk nak ambil hati mommy aku?" Bisik Umar tegas di telinga Umairah.
Semakin pucat wajah Umairah mendengar bicara Umar. Dia tidak tahu bagaimana mahu membalas kata-kata Umar. Pandangan Datin Aini dan Dato' Uthman pada mereka membantutkan niat Umairah mahu menafikan tuduhan Umar.
"Sorry lambat. Hai Umairah." Ujar Yusuf yang baru tiba diruang makan bersama seorang gadis. Yusuf mengambil tempat di hadapan Umar. Aishah duduk disebelahnya.
"Hai." Balas Umairah pada teguran Yusuf.
"Sebelum makan, aunty nak kenalkan Umai dengan anak bongsu aunty. Ni Aishah Qaireen. Dia muda 2 tahun dari Umai. Aishah pulak, ni Umairah. Kakak Zira." Aunty Aini memperkenalkan mereka berdua.
Umairah lemparkan senyuman pada gadis di depannya. Aishah Qaireen hanya memandang tanpa perasaan.
Umairah nampak wajah kurang senang gadis itu padanya. Mata ditundukkan dari terus memandang ke depan. Nampaknya kehadirannya di sini tidak diterima baik oleh Umar dan Aishah.
"Nanti boleh kenal-kenal lagi. Umar baca doa." Arah Dato' Uthman.
Semua menadah tangan mengaminkan doa makan yang dibaca Umar Qaiser.
Suasana di meja makan rumah ini berbeza dengan suasana di rumah papanya. Kelihatan semua orang gembira menikmati hidangan sambil bersembang mengenai hal yang dilakukan masing-masing. Dia pula hanya diam mendengar.
Selalunya di rumah papa dia akan makan malam seorang diri. Kadangkala dia tidak turun makan kerana tiada selera makan sendirian.
"Umar, hulurkan ayam sambal tu pada Umai." Arah Datin Aini apabila terpandang pinggan Umairah yang tidak berisi lauk.
"Tak apa aunty. Umai tak ada selera." Tolak Umai perlahan. Sejujurnya makanan yang ditelan tadi menggelodak mahu keluar kembali. Dia tahan saja loya tekaknya.
Membulat mata Umar mendengar arahan mommy. Jari telunjuk di tunjuk pada diri sendiri seolah mengatakan 'Aku?'.
Mangkuk berisi ayam sambal itu diambil juga dan diberi pada Umairah selepas mommy menjenggilkan biji mata.
Belum sempat tangan Umairah mahu menyambut huluran Umar, isi perutnya benar-benar sudah mahu memuntahkan makanan itu. Kerusi ditolak kebelakang laju dan terus berlari ke dapur.
Terkejut semua yang berada di meja makan melihat reaksi spontan Umairah.
Segala makanan yang ditelan tadi dimuntahkan kembali. Terasa lembik seluruh badan. Melorot jatuh tubuh Umairah di tepi sinki. Mata dipejam rapat apabila kepalanya pula sakit mencengkam.
"Ya Allah, Umai. Umai okay tak ni?" tanya Datin Aini kalut. Wajah pucat Umairah direnung. Tubuh gadis itu digoncang lembut. Dia sangkakan Umairah pengsan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
