🍁B A B 20

4.2K 262 14
                                    

'Kita adalah sepasang Takdir yang terpaksa menunggu untuk bersatu.'

"Umai, jaga diri baik-baik tau. Kalau ada apa-apa benda berlaku call Yusuf terus. Yusuf risau lah Umai tinggal dekat sini."

Entah kenapa dia sangat risaukan Umairah saat ini berbanding adik-adiknya.

"Apa yang nak dirisaukan? Ni kan rumah keluarga Yusuf bukan rumah orang lain. Tempat ni selamat je." Umairah menenangkan kerisauan Yusuf.

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Umai okay je dekat sini. Terima kasih ambil berat tentang Umai." Umairah memotong percakapan Yusuf. Keprihatinan jejaka ini menyentuh hatinya.

"Janji tau jaga diri."

"Baik encik Yusuf Qayed." Tangan diangkat seperti berjanji.

Yusuf tersenyum sedikit menutup kerisauan hatinya.

"Yusuf. Dah nak dekat jam 8 pagi ni. Ada baiknya kita gerak sekarang." Panggil Datin Aini kuat. Dari tadi lagi anaknya bersembang dengan Umairah. Entah apa yang disembangkan pun dia tidak tahu.

"Okay mommy. Kejap." Balas Yusuf. Tangan diangkat sebagai tanda sebentar.

"Yusuf pergi dulu. Take care." Kata Yusuf pada Umairah pula.

"Yusuf pun sama. Hati-hati drive." Ujar Umairah lembut. Dia melambai sedikit pada Yusuf yang sudah bergerak ke arah tempat keluarganya menunggu. Aishah dan Umar yang sedang bersalaman dengan ibu bapanya direnung dari jauh.

Datin Aini, Dato' Uthman dan Yusuf masuk ke dalam kereta. Hon dibunyikan sebelum berlalu. Umairah melambaikan tangan perlahan sehingga kereta mewah itu pergi meninggalkan perkarangan rumah.


"Bukan main lagi Yusuf tu kalau dengan kau. Kau kena ingat yang Yusuf tu dah ada Syafiqah. Jangan nak jadi pemusnah kebahagiaan orang." Ujar Umar keras sewaktu berjalan di depan Umairah.

Umairah yang sedang berdiri di muka pintu rumah itu hanya mendengar kata-kata Umar. Wajah ditundukkan. Takut mahu memandang mata helang Umar yang sedang menikam matanya.

Aishah pula hanya berdiri di sisi Umar mendengar. Mahu melihat bagaimana layanan abangnya pada Umairah.

Ikhwan kata abangnya menyukai Umairah tetapi dari apa yang dilihatnya sekarang, tiada tanda-tanda pun Umar menyukai Umairah. Nampak kebencian Umar pada Umairah adalah.

"Kau dengar tak aku cakap ni?" tanya Umar bila gadis itu hanya diam membisu.

"Saya anggap Yusuf tu dah macam abang saya sendiri. Tiada sekelumit pun dihati saya menyukai dia dan tak mungkin saya nak musnahkan kebahagiaan dia." Balas Umairah lembut. Wajah juga didongakkan memandang Umar untuk membuktikan apa yang dikatakan benar.

Terasa Aishah mendengar ayat yang dituturkan Umairah. Orang luar sendiri tidak mahu musnahkan kehidupan abangnya tapi dirinya pula sanggup mahu memusnahkan kehidupan abangnya sendiri dan gadis yang tiada salah apa-apa ini.

'Tapi kau kena selamatkan diri kau. Rahsia kau jauh lebih penting dari Umar dan Umairah.' Bisik hati jahatnya.

"Baguslah kalau kau tak ada niat nak buat macam tu. Dan sekarang kau jangan nak rosakkan kebahagiaan aku pulak. Jaga diri sendiri. Malas aku nak melayan permintaan mommy tu. Kau pun pandai-pandai lah jaga diri." Ujar Umar pada Umairah dan adiknya.

Wajah dua gadis itu dilihat silih berganti sebelum bergerak ke atas. Dalam hati tersenyum senang mendengar jawapan Umairah tadi.

'Tiada sekelumit pun di hati saya menyukai dia.'


Seindah Takdir UmairahWhere stories live. Discover now