🍁B A B 18

3.6K 268 9
                                    

'Apapun yang menjadi takdirmu, akan mencari jalan menemukanmu.'

"Umai. Bukalah mata."

Sayup-sayup suara orang yang dirinduinya memanggil. Pipinya juga terasa sejuk apabila tangan itu naik mengusap pipi.

"Umai tak nak jumpa umi dan abah ke?" Suara itu kembali berulang. Semakin lama semakin jelas di telinganya.

Mata yang tertutup dipaksa celik. Perlahan-lahan matanya terbuka dan melihat wajah umi dan abah didepan mata. Tidak semena-mena air matanya mengalir deras. Tubuhnya dibangkitkan.

Dia bermimpikah? Pipi dicubit sedikit. Sakit!

"Umi, abah. Umai rindu." Terus tubuh tua itu didakapnya erat. Tidak mahu dilepaskan.

"Dah besar pun manja lagi." Ujar abah sambil menggosok kepala Umairah.

"Abah dengan Umi jangan tinggal Umai lagi tau. Umai tak ada kawan dekat KL ni. Umai sunyi." Adu Umairah bersama tangisan.

Abah dan Umi tidak membalas. Hanya senyuman manis dilemparkan. Pelukan dilonggarkan.

Umairah memandang wajah itu dalam. Tangan umi dan abah cuba dipegangnya kembali tetapi tangannya tidak mampu menggapai.

"Umai jaga diri ye? Umi dan abah sayangkan Umai. Kami tunggu Umai disana." Tutur Umi lembut bersama senyuman manis. Abah turut tersenyum.

Semakin lama semakin menjauh jasad umi dan abah. Umairah cuba bangkit dari duduk untuk mengejar tetapi kakinya seakan kaku tidak bergerak.

"Umi. Abah. Jangan tinggal Umai." Jerit Umairah kuat. Memanggil umi dan abah yang semakin menjauh.

"Umi. Abah." Panggil Umairah berulang-ulang.

Jasad umi dan abah hilang dari pandangan mata.


"Umairah. Umairah." Bahu gadis itu digoncang lembut. Sejak tadi lagi Umairah meracau memanggil 'umi dan abah.'

Mata yang sudah banjir dengan air mata itu masih tidak terbuka. Ayat kursi dibaca lembut ditelinga Umairah dan dihembuskan sedikit.

Terus tercelik mata bulat Umairah. Umairah terduduk dari baringan. Mata melilau mencari umi dan abah. Tetapi hampa apabila hanya wajah Datin Aini yang menyapa mata sedang duduk di sisi katil.

"Aunty nampak umi dengan abah Umai tak? Tadi dia ada dekat sini." Tangan Datin Aini dipegang erat. Berharap Datin Aini tahu keberadaan umi dan abahnya.

Terkaku Datin Aini mendengar pertanyaan Umairah. Tidak tahu mahu menjawab bagaimana. Dia yakin gadis itu bermimpi tadi. Melihat air mata yang mengalir dari mata hitam itu membuatkan dia semakin kehilangan kata.

"Aunty. Tadi Umai nampak umi dengan abah datang. Dia orang datang peluk Umai. Dia orang ada dekat bawah ke?"

"Umairah. Istighfar banyak-banyak. Umi dengan abah dah lama tak ada." Jujur Datin Aini terus. Dia faham siapa umi dan abah yang Umairah maksudkan.

Mungkin kerana kondisi Umairah yang tidak berapa baik membuatkan gadis ini seakan hilang dirinya.

"Tapi dia orang datang tadi." adu Umairah seakan anak kecil. Tangisannya juga semakin menjadi-jadi.

Umar yang sedang berdiri di muka pintu hanya memandang. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Timbul rasa belas dalam hatinya. Begitu sakitkah kehilangan orang yang kita sayang?

"Shuhh...Umai tidur ye." Pujuk Datin Aini perlahan. Tubuh Umairah dipeluk sebelum dibaringkan semula.

Dahi gadis itu dicium lembut. Tangan menepuk-nepuk tubuh Umairah seolah mendodoikan bayi yang sedang tidur.

Seindah Takdir UmairahWhere stories live. Discover now