'Pada setiap tarikan dan hembusan nafas, terdapat Takdir Allah yang berlaku atas diri kita.'
Lily memandang tubuh Umairah yang masih berbalut di dalam selimut itu dengan pandangan yang kasihan. Mahu memujuk tetapi nampaknya tangisan Umairah kali ini berbeza dengan tangisan selalu. Serba salah pula dia jadinya.
Hati sudah berkira-kira mahu memujuk atau tidak. Kalau dia pergi ke katil Umairah, takut gadis itu mahu ruang bersendiri tetapi jika dibiarkan saja, takut semakin lama pula tangisan itu. Mengikut kiraanya, sudah hampir dua jam Umairah berselubung sambil menangis.
Kaki digerakkan juga mendekat. Bahu Umairah disentuh lembut.
"Umai." Panggil Lily perlahan.
Umairah membuka balutan selimut diwajahnya. Wajah Lily yang sedang duduk dikatilnya direnung sebak.
"Kenapa ni? Ada kena mengena dengan dia orang kat kafe tadi ke?" Tanya Lily teragak-agak. Tapi firasatnya kuat mengatakan tangisan Umairah ini berkait dengan tiga orang lelaki tadi.
Umairah tidak mampu membalas pertanyaan itu. Tubuh didudukkan menghadap Lily. Air mata yang masih mengalir disapu perlahan.
"Umai okay je. Sorry buat Lily risau."
"Kadang-kadang tak semua kesedihan kita perlu pendam. Ada baiknya kita luahkan daripada kita biar perasaan tu bertambah teruk."
"Umai tak tahu nak cakap macam mana. Benda ni makin lama makin complicated."
"Setiap masalah pasti ada jalannya. Cuba cerita apa yang jadi. Mana tahu Lily boleh tolong. Tapi sebelum tu kan, Lily nak tanya ni. Lelaki yang duduk sebelah Umai tadi tu ke tunang Umai?" Lily membuat andaian sendiri. Dari pandangan matanya tadi, reaksi lelaki itu kelihatan pelik dari yang lain.
Terpempan Umairah mendengar pertanyaan Lily. Kepala berfikir-fikir mahu jujur atau berdalih.
"Kalau Umai tak nak bagitahu tak apa." Lily cuba menenangkan Umairah.
"Sebenarnya....."
Bunyi deringan telefon membantutkan niat Umairah untuk jujur tentang Umar pada Lily. Iphone yang diletakkan dibawah bantal di ambil untuk menjawab panggilan. Nama Yusuf terpampang di screen telefon.
Tangan diangkat sebagai tanda menyuruh Lily menunggu.
"Umai, Yusuf ada dekat bawah ni. Turun sekejap." Ujar Yusuf terus tanpa sempat Umairah bertanya.
"Sekarang?"
"Haah. Cepat-cepat." Tergesa-gesa saja nada suara Yusuf. Panggilan juga sudah dimatikan.
Umairah memandang hairan screen yang sudah gelap itu.
"Siapa call?"
"Lily, teman Umai turun sekejap boleh? Ada orang nak jumpa." Umairah mengajak Lily menemaninya. Soalan Lily dibiarkan saja.
"Boleh. Jom."
Yusuf yang sedang bersandar elok di tepi kereta BMW i8 miliknya itu Umairah dan Lily dekati. Kelihatan segak sungguh pemakaian Yusuf. Terserlah gayanya sebagai lelaki bekerjaya.
Sudah lama jugak rasanya Umairah tidak bertemu dengan Yusuf Qayed. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Sejak masuk ke universiti dua bulan lalu, Umairah jarang pulang ke rumah. Melawat keluarga Umar juga jarang sekali.
Bukan dia tidak mahu balik tetapi hatinya tidak kuat untuk bersua dengan mama. Wanita itu masih menanam benci terhadap dirinya. Dia sendiri lihat kebencian itu semakin lama semakin dalam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
