'Takdir menentukan siapa yang datang dalam hidup kita tapi hati yang memutuskan siapa yang hidup didalamnya.'
Kepala ditunduk sedikit. Tidak selesa rasanya mahu makan apabila kedua-dua anak bujang Datin Aini duduk dihadapannya. Kalau duduk saja tak mengapa tetapi kedua-duanya merenung. Rasa mahu tercekik menelan makanan.
"Sikit je Umai makan. Tak sedap ke?" Pantas Umairah memandang Dato' Uthman.
"Eh tak. Sedap je lauk-lauk ni. Sampai tak tahu nak pilih yang mana." Umairah memberi alasan. Tapi memang betul pun terlalu banyak lauk dihidangkan. Macam mahu makan 20 orang saja lauknya.
Dato' Uthman dan Datin Aini tertawa senang. Umairah balas dengan senyuman.
Sekali lagi senyuman itu menarik minat Umar dan Yusuf tanpa Umairah sedar.
"Perlu ke senyum?" Tanya Umar tiba-tiba. Tersentak semua yang mendengar. Sejujurnya dia kalah melihat senyuman itu.
Mati terus senyuman Umairah.
"Kau ni dah kenapa? Orang senyum pun salah?" Marah Yusuf pada adiknya. Bukan dia tidak sedar Umar dari tadi merenung gadis itu. Sama seperti dia. Dia dapat rasakan Umar tercabar melihat senyuman Umairah.
"Macam-macam perangai kamu ni. Makan je Umai. Tak payah layan Umar ni. Uncle rasa dia tak sihat." Tutur Dato' Uthman.
Umairah mengangguk dan menyambung suapan.
Umar terus bangkit dari kerusinya. Meninggalkan ruang makan. Buaian yang terdapat di laman depan menjadi destinasi.
Selesai makan malam bersama, Umairah membantu Datin Aini mengemas meja makan. Pinggan mangkuk turut dicuci. Tidak elok rasanya meninggalkan begitu saja walaupun sudah ditegah oleh Datin Aini.
Datin Aini berdiri bersebelahan Umairah yang sedang mencuci. Mahu membantu tetapi Umairah pula melarang. Jadi dia merenung saja tindak tanduk Umairah.
"Aunty nak tanya sikit boleh?" Datin Aini bertanya. Sudah lama dia mahu bertanya akan hal itu. Mana tahu rezeki berpihak padanya.
"Boleh. Apa pulak tak boleh." Umairah membalas sambil meneruskan cucian.
"Umai dah ada someone special? Macam boyfriend atau kawan lelaki yang rapat?"
"Umai tak pernah ada semua tu. Kenapa aunty tanya?" tangan dibasuh sedikit sebelum menutup pili air. Badan dipalingkan menghadap Datin Aini.
"Takkan secantik Umairah tiada yang berkenan?" Datin Aini mahukan kepastian.
"Sumpah tak ada. Umai banyak habiskan masa menjahit saja waktu duduk dengan umi. Keluar pun jarang-jarang sebab Umai tak ada kawan." Jelas Umairah perlahan.
"Kalau aunty nak jadikan Umai menantu, Umai nak tak?" tangan Umairah dicapai.
Terkaku Umairah mendengar.
"Umai tak tahu nak cakap apa." Tersekat-sekat dia membalas. Menantu wanita ini? Dia bermimpikah? Untuk anak lelaki yang mana?
"Umai tak sudi?" Tanya Datin Aini sayu. Dia teringin benar mahu bermenantukan Umairah.
"Bukan macam tu. Umai tak ada apa-apa untuk dibanggakan. Umai rasa tak layak gadis macam Umai masuk dalam keluarga ni. Umai minta maaf."
"Aunty faham. Tak perlu minta maaf. Aunty yang salah."
Umairah serba salah. Tangan Datin Aini dia genggam.
"Umai minta maaf buat aunty sedih. Tapi soal perasaan ada baiknya aunty tanya anak aunty sendiri. Umai yakin perkahwinan tanpa cinta tak akan kemana."
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
