'Rezeki dan jodoh tidak pernah tertukar. Itulah namanya takdir.'
"Allah." Terduduk Umairah dari baringnya. Peluh yang membanjiri dahi dan leher dilap lembut. Jam loceng yang berada di tepi katil dikerling.
2.23 pagi.
Wajah diraup berkali-kali. Bibir mula menyebut kalimah Allah. Mimpinya tadi seakan nyata membuatkan dia takut untuk tidur kembali.
Umairah bergerak turun dari katil untuk mengambil wudhu. Ada baiknya dia memohon perlindungan dari Allah. Berharap mimpi itu hanya mainan tidur.
Telekung disarungkan. Sejadah dibentang menghadap kiblat.
"Allahu Akbar." Tangan diangkat mengangkat takbir. Solat sunat tahajud, istikharah dan taubat dilakukan pagi itu.
Selesai memberi salam, tangan diangkat menadah tangan untuk membaca doa.
Doanya di pagi itu lebih panjang dari biasa. Dalam doanya, dia memohon Allah menjauhkan mimpi tadi dari terjadi dalam hidupnya. Berulang kali dia menyebut perkara yang sama. Dia takut kalau mimpi itu petanda yang Allah turunkan bahawa bakal menjadi nyata.
Air mata membasahi pipi dibiarkan saja. Mengadu bersungguh-sungguh pada Yang Maha Esa. Mengadu ketakutannya dan bermohon agar dirinya sentiasa terpelihara dari maksiat.
Dalam tangisan yang masih bersisa Umairah terlena di atas tikar sejadah.
'Nur Umairah. Maafkan aku.'
Berulang kali Umar menuturkan kata maaf pada Umairah. Umairah hanya memandang sepi wajah sedih dan muram Umar.
Bunyi azan subuh dari iphone miliknya menyedarkan kembali Umairah dari tidurnya. Bayangan wajah sedih Umar turut hilang sebaik saja dia terjaga.
"Ya Allah, apa yang kau cuba tunjukkan?" Tanya Umairah seolah menyoal padaNya.
Jika sebelum ini dia terjaga kerana bermimpi ada seorang lelaki cuba menodainya sekarang dia bermimpi Umar datang meminta maaf pula. Mimpi apakah ini?
Lelaki yang cuba menodainya dalam mimpi itu Umarkah?
"Astaghfirullah Al 'Azim." Dia beristighfar perlahan apabila menyedari fikirannya yang sedang memikirkan bukan-bukan.
Dia yakin semua itu hanya mainan tidur. Tak mungkin Umar melakukan hal terkutuk itu pada dirinya. Buktinya sepanjang dia tinggal disini, Umar tidak pernah merenung dia dengan pandangan tersirat apatah lagi menyentuh dia sesuka hati.
Umar pernah menyentuhnya beberapa hari lepas pun kerana mahu menolong dia yang tidak larat untuk berjalan. Tiada sebarang sentuhan kearah mengambil kesempatan dalam kesempitan sewaktu Umar mendukungnya.
Fikiran buruk itu dibuang jauh. Semuanya pasti baik-baik saja.
Telekung yang tersarung ditanggalkan. Dia mahu membersihkan diri dulu sebelum menunaikan solat subuh. Tuala yang tersangkut di ambil dan masuk ke dalam bilik air.
Mee goreng basah yang sudah siap dimasak diletakkan di atas meja makan. Milo panas yang sudah siap dibancuh juga diletakkan disitu.
Tiada kelibat sesiapa pun dibawah ini. Hanya dirinya seorang. Mungkin yang lain masih tidur. Tanpa menunggu yang lain, dia makan saja sarapan pagi itu.
Sambil menikmati mee goreng, iphone dibuka melihat gambar-gambar yang dikirim oleh papa. Nampak gembira sekali wajah mama dan papa. Alangkah indahnya kalau mama boleh segembira itu jika dengannya.
"Umai." Suara Ikhwan menegur.
Terlepas telefon ditangan ke atas meja kerana terkejut. Umairah bersedia untuk bangun. Dia takut jika lelaki itu mendekatinya seperti semalam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seindah Takdir Umairah
RomanceDibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh...
